Mesyuarat Pertama Penggal Keenam Dewan Negeri Selangor Tahun 2023
13 Mac 2023 - 17 Mac 2023 (Isnin - Jumaat)
128) PERUNTUKAN SEKOLAH PERSENDIRIAN JENIS MENENGAH CINA
Tahun: 2023
Sesi: 1
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Tuan Ronnie Liu Tian Khiew
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Adakah Kerajaan Negeri boleh mempertimbangkan untuk menambah peruntukan empat sekolah persendirian jenis menengah Cina daripada RM500,000.00 kepada RM1,000,000.00 masing-masing?
Kerajaan Negeri Selangor menyediakan peruntukan sebanyak RM2 juta setahun kepada empat (4) buah Sekolah Menengah Persendirian Cina (SPMC) di Negeri Selangor iaitu Sekolah Menengah Persendirian Chung Hua, Sekolah Menengah Hin Hua, Sekolah Menengah Kwang Hua dan Sekolah Menengah Pin Hwa dengan peruntukan tahunan sebanyak RM500,000 bermula pada tahun 2009 sehingga kini. Buat masa ini Kerajaan Negeri tidak mempunyai sebarang perancangan untuk meningkatkan peruntukan tersebut memandangkan peruntukan yang diberikan adalah jauh lebih tinggi berbanding peruntukan yang diberikan kepada lain-lain sekolah seperti Sekolah Agama Rakyat, Sekolah Kebangsaan (SK), Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK), Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SKJ (T)) dan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SKJ (C)).
Walau bagaimanapun, Kerajaan Negeri bersedia menimbangkan cadangan ini pada masa hadapan jika terdapat keperluan untuk menambah peruntukan serta kedudukan kewangan Kerajaan Negeri mengizinkan.