Mesyuarat Pertama (Pembukaan) Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2025

18 Februari - 21 Februari 2025, 24 Februari - 28 Februari 2025 dan 3 Mac 2025

106) PERUNTUKAN SEKOLAH AGAMA PERSENDIRIAN UNTUK MEMPERBAIKI KEMUDAHAN KESELAMATAN

Tahun: 2025

Sesi: 1

Isu: n/a

Adun: Y.B. Tuan Dr. Mohd Zamri Bin Mohd Zainuldin

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apabila kerajaan pusat menyalurkan peruntukan kepada sekolah-sekolah swasta vernakular, adakah perancangan yang sama dilakukan bagi memperbaiki kemudahan keselamatan di sekolah agama persendirian yang mana kebanyakannya beroperasi di bangunan rumah kedai untuk memenuhi standard agensi seperti Bomba dan PBT?

    Kerajaan Negeri telah lama memperkenalkan program Bantuan Sekolah Negeri Selangor di bawah Jawatankuasa Tetap Pendidikan dan Modal Insan Negeri Selangor yang boleh dipohon oleh sekolah agama persendirian melalui laman web https://ssipr.selangor.gov.my. Dalam masa yang sama sekolah agama persendirian juga boleh memohon kepada JAKIM untuk tujuan selenggara dan naik taraf sekolah mereka. Sekolah juga boleh memohon bantuan daripada Kementerian Pendidikan Malaysia dengan syarat sekolah yang memohon hendaklah berdaftar dengan JAIS dan KPM khusus untuk Alat Bantuan Mengajar dan perabot sekolah.

     

     

Lampiran

Tiada Lampiran.