Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2023
10 November 2023, 14 November - 17 November 2023 & 20 November – 24 November 2023 (Jumaat, Selasa – Jumaat & Isnin - Jumaat)
336) PERUNTUKAN SEKOLAH AGAMA NEGERI
Tahun: 2023
Sesi: 2
Isu: Hal Ehwal Islam
Adun: Y.B. Tuan Mohd Rafiq Bin Mohd Abdullah
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Berapakah peruntukan yang telah dibelanjakan untuk pembangunan infrastruktur di sekolah-sekolah rendah agama milik Kerajaan Negeri sepanjang tiga suku pertama tahun 2023?
Peruntukan yang telah dibelanjakan bagi pembangunan infrastruktur dan baik pulih di sekolah-sekolah rendah agama milik Kerajaan Negeri sepanjang tiga suku pertama tahun 2023 dimana JAIS sebagai agensi pelaksana adalah sebanyak RM3,199,902.09.
Manakala, sebanyak RM5,129,780.00 juga telah dibelanjakan bagi pembangunan infrastruktur dan baik pulih di sekolah-sekolah rendah agama milik Kerajaan Negeri sepanjang tiga suku pertama tahun 2023 di mana JKR Selangor sebagai agensi pelaksana kerana ianya memerlukan kepakaran khusus seperti baikpulih cerun runtuh dan lain-lain pembaikan.
Oleh itu, jumlah keseluruhan kos bagi pembangunan infrastruktur di sekolah-sekolah rendah agama milik Kerajaan Negeri sepanjang tiga suku pertama tahun 2023 adalah sebanyak RM8,329,682.09.
Selain daripada itu, Sekolah-Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) telah menerima bantuan baikpulih daripada Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sebanyak RM3.5 juta. Manakala sekolah-sekolah rendah agama milk Kerajaan Negeri, dan KAFAI telah menerima bantuan baikpulih daripada JAKIM sebanyak RM 20.2 juta.