Mesyuarat Kedua (Bajet) Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2021
26 November 2021, 29 November - 30 November 2021, 1 Disember - 3 Disember 2021 dan 6 Disember - 9 Disember 2021
73) PERUNTUKAN SEBANYAK 1 JUTA BAGI PROGRAM MPIS
Tahun: 2021
Sesi: 2
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Puan Jamaliah Binti Jamaluddin
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Sila senaraikan program-program yang bakal dijalankan dengan peruntukan sebanyak RM 1 Juta kepada MPIS.
Sebagai makluman Yang Berhormat Bandar Utama, peruntukan berjumlah RM1juta di bawah Jawatankuasa Tetap Perpaduan Negeri Selangor tersebut tidak tertumpu kepada program-program di bawah kendalian Majlis Perpaduan Dan Integrasi Selangor (MPIS) sahaja. Memandangkan Jawatankuasa Tetap Perpaduan ini adalah antara jawatankuasa baru yang ditubuhkan pada penghujung tahun 2020, sebahagian daripada peruntukan ini iaitu sebanyak RM 267,173 telah diperuntukkan untuk menjalankan kajian dan merangka Dasar Perpaduan Selangor dan Pelan Tindakan Perpaduan Selangor 2021-2025. Dasar dan pelan tindakan ini sangat penting sebagai rujukan dan panduan bagi Kerajaan Negeri dalam membawa agenda perpaduan. Bagi tahun 2021, Kerajaan Negeri juga telah meluluskan perbelanjaan sebanyak RM267,395.00 bagi pelaksanaan program-program MPIS seperti berikut :-
-
Adakah mana-mana agensi / NGO / NGI / ADN boleh memohon penggunaan daripada peruntukan tersebut?
Kerajaan Negeri amat mengalu-alukan penglibatan pihak agensi / NGO / NGI / ADUN untuk turut sama melaksanakan dan menjayakan program-program berkaitan perpaduan di Selangor dengan menggunakan peruntukan yang telah disediakan oleh Kerajaan Negeri di bawah Jawatankuasa Tetap Perpaduan untuk memperkukuh nilai perpaduan di kalangan masyarakat demi merealisasikan Negeri Selangor yang harmoni dan bersatu padu. Pada tahun 2021, Jawatankuasa Tetap Perpaduan melalui Majlis Perpaduan dan Integrasi (MPIS) telah menjalankan beberapa program kerjasama dengan agensi kerajaan seperti Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Negeri Selangor, Institut Darul Ehsan (IDE) dan juga NGO-NGO seperti Pusat KOMAS, Institute for Democracy and Economic Affairs(IDEAS) dan lain-lain.