Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2008

20 Oktober hingga 24 Oktober 2008 dan 28 Oktober hingga 29 Oktober 2008

21) PERUNTUKAN RUMAH IBARAT BUKAN ISLAM

Tahun: 2008

Sesi: 3

Isu: Hal Ehwal Selain Islam

Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Sila senaraikan jumlah bilangan rumah ibadat Cina (tokong) dan India (kuil) yang berdaftar di Negeri Selangor.

    1. Berikut adalah jumlah rumah-rumah ibadat bagi tokong dan kuil di Negeri Selangor

     

    BIL DAERAH BILANGAN

    TOKONG

    BERDAFTAR

    BILANGAN KUIL

    BERDAFTAR

     

    1. Gombak 26

     

    24
    2. Hulu Langat 47

     

    21
    3. Hulu Selangor 13

     

    9
    4. Klang 143

     

    56
    5. Kuala Langat 23

     

    17
    6. Kuala Selangor 38

     

    14
    7. Petaling 58

     

    60
    8. Sabak Bernam 31

     

    3
    9. Sepang 6

     

    6
      JUMLAH

     

    385 210
  2. Adakah pihak Kerajaan Negeri bercadang meningkatkan peruntukan RM 3 juta kepada RM 30 juta untuk rumah ibarat bukan Islam iaitu Cina dan India dengan berasingan secara tahunan?

    Bagi tahun 2009, Kerajaan Negeri telah meluluskan sebanyak RM 6 juta peruntukan bagi tujuan baik pulih bangunan keagamaan selain Islam melalui Pembentangan Bajet Persidangan DUN Ke Dua Belas. Bantuan kewangan ini merangkumi baik pulih bangunan keagamaan sedia ada, sumbangan kepada bangunan keagamaan yang dirobohkan dan pendidikan keagamaan. Walau bagaimanapun, peruntukan kewangan yang diberikan kepada setiap bangunan keagamaan adalah bergantung kepada jumlah peruntukan semasa kerajaan negeri.

     

  3. Sila huraikan secara terperinci garis paduan terkini mengenai kaedah-kaedah menyelesaikan tokong-tokong Cina dan kuil-kuil India yang tidak berdaftar dan dirobohkan oleh pihak PBT?

    Bagi bangunan keagamaan yang tidak berdaftar, pihak jawatankuasa bangunan keagamaan perlulah membuat permohonan ke Pejabat Pendaftaran Pertubuhan bagi mendaftar bangunan keagamaan masing-masing. Setelah mendapat sijil pendaftaran pertubuhan, pihak jawatankuasa perlu membawa permohonan ke Pejabat Tanah dan Daerah masing-masing untuk dibawa ke Mesyuarat Jawatankuasa Bangunan Keagamaan Selain Islam untuk disokong oleh mesyuarat tersebut dan seterusnya mendapatkan kelulusan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN).

    Manakala bagi bangunan keagamaan yang dirobohkan, Kerajaan Negeri  telah membuat keputusan di dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri ke 18/2008 yang telah diadakan pada 9 Julai 2008 memaklumkan bahawa

    semua Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) akan mengenakan kompaun/bayaran kepada pemilik-pemilik rumah ibadat yang dibina secara haram dan bayaran kompaun ini perlu dijelaskan secara berterusan sehingga pemilik-pemilik rumah ibadat tersebut memohon untuk mendapatkan pengiktirafan kerajaan “ 

    “ Selain itu, Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri juga bersetuju supaya semua PBT mengambil tindakan tegas ke atas mana-mana struktur yang baru dibina tanpa kebenaran dan surau atau masjid juga tidak terkecuali daripada tindakan ini”

     

    Walau bagaimanapun, semua PBT atau agensi-agensi kerajaan yang lain, hendaklah memaklumkan terlebih dahulu kepada Kerajaan Negeri bagi mengambil sebarang tindakan perobohan rumah-rumah ibadat ini.

Lampiran

Tiada Lampiran.