Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

17 Ogos - 20 Ogos 2015

109) PERUNTUKAN RUMAH IBADAT SELAIN ISLAM DI DAERAH KUALA LANGAT

Tahun: 2015

Sesi: 2

Isu: Hal Ehwal Selain Islam

Adun: Y.B. Tuan Loh Chee Heng

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Sila menyatakan nama pertubuhan / persatuan mengikut kategori Tokong, Kuil dan Gereja, jumlah peruntukan diluluskan bagi tahun 2013, 2014 sehingga bulan Julai 2015 di Daerah Kuala Langat.

    Peruntukan yang telah diluluskan kepada pihak Tokong, Kuil dan Gereja bagi tahun 2013, 2014 dan sehingga bulan Julai 2015 di Daerah Kuala Langat adalah berjumlah RM 533,400.00. Perincian mengikut kategori adalah seperti jadual di bawah :

    TAHUN / JENIS 2013 2014 2015

    (Sehingga Julai)

    JUMLAH
    TOKONG 0.00 255,900 67,500 323,400
    KUIL 20,000.00 60,000.00 40,000.00 120,000.00
    GEREJA 0.00 15,000.00 105,000.00 120,000.00
    JUMLAH 20,000.00 330,900.00 212,500.00 563,400.00

     

  2. Apakah buku panduan, peraturan yang diguna pakai oleh Jawatankuasa RIBI semasa memutuskan jumlah peruntukan kepada sesebuah pertubuhan / persatuan RIBI?

    Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Selain Islam mempunyai satu Garis Panduan Berhubung Hal Ehwal Selain Islam Dan Peranan Jawatankuasa Hal Ehwal Selain Islam Negeri Selangor yang menggariskan tatacara bantuan Kewangan.

    Peruntukan kewangan yang akan diberikan kepada setiap bangunan keagamaan adalah bergantung kepada jumlah peruntukan semasa yang diluluskan oleh Kerajaan Negeri.

    Bantuan kewangan akan diberikan kepada bangunan keagamaan bagi tujuan berikut:

    • Baik pulih bangunan keagamaan sedia ada;
    • Sumbangan bagi tujuan pemindahan bangunan keagamaan yang dirobohkan; dan
    • Pendidikan keagamaan.
    • Pembelian peralatan bagi tujuan mengadakan kelas-kelas agama. (MMKN ke 30/2009 yang diadakan pada 16.9.2009)

    Kaedah pemberian bantuan kewangan kepada bangunan keagamaan selain Islam di Negeri Selangor diluluskan berdasarkan tujuan permohonan :-

    1)   Bagi tujuan pendidikan keagamaan dan pembelian peralatan bagi tujuan mengadakan kelas-kelas agama boleh mengecualikan syarat bahawa pemohon mesti mempunyai status tanah yang sah.

    2)   Bagi tujuan baik pulih bangunan keagamaan sedia ada dan sumbangan bagi tujuan pemindahan bangunan keagamaan yang diroboh perlu mematuhi syarat bangunan keagamaan yang berdaftar Jabatan Pendaftaran Pertubuhan atau mempunyai status tanah yang sah.

    Bantuan diberikan hanya untuk tujuan pengurusan rumah ibadat dan bukannya bertujuan untuk pembesaran rumah ibadat. (MMK. No.59/19/2011 : MMKN ke 22/2011 yang diadakan pada 22.6.2011) dan Peruntukan perlu dipohon melalui wakil rakyat tempatan.

  3. Apakah pendirian dan keputusan yang di ambil oleh Kerajaan Negeri terhadap bangunan RIBI yang dibina di atas tanah rizab Kerajaan (rizab sungai, jalan dan lain-lain), roboh, halau dan tanpa menyediakan tapak pemindahan?

    Mana-mana permohonan pewartaan terhadap Rumah Ibadat Bukan Islam (RIBI) yang berada di atas rizab Kerajaan seperti rizab jalan, sungai dan lain-lain tidak akan disokong oleh pihak Jawatankuasa Hal Ehwal Selain Islam untuk pewartaan. Ini merujuk kepada Pekeliling Pengarah Tanah Dan Galian Selangor bilangan 1/1993, yang menyatakan penolakan terus permohonan-permohonan tanah di kawasan lapang dan kemudahan awam.

    Di samping itu, MMKN ke 8/2007 yang diadakan pada 7 Mac 2007 telah memutuskan semua Pentadbir Tanah Daerah diminta membuat summary rejection bagi permohonan pemberimilikan/pewartaan tanah-tanah kerajaan di atas rizab kerajaan seperti rizab sungai dan kawasan hutan simpan.

    Walau bagaimanapun, sekiranya RIBI tersebut terletak di atas rizab kerajaan dan terdapat cadangan pembangunan daripada pihak kerajaan, RIBI tersebut diminta untuk berpindah dengan menyediakan satu tapak ganti sekiranya ada di kawasan berhampiran.

Lampiran

Tiada Lampiran.