Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2009

10 Mac hingga 13 Mac 2009 dan 16 Mac hingga 17 Mac 2009

61) PERUNTUKAN RUMAH BERIBADAT BUKAN ISLAM

Tahun: 2009

Sesi: 1

Isu: Hal Ehwal Selain Islam

Adun: Y.B. Tuan Wong Koon Mun

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Sila nyatakan jumlah peruntukan yang bakal di peruntukan kepada rumah beribadat bukan Islam pada tahun 2008 dan 2009.

    Bagi tahun 2008, sebanyak RM 2,976,900 juta telah diperuntukan kepada rumah-rumah ibadat bukan Islam di Negeri Selangor. Tahun 2009 pula sebanyak RM 6 juta telah diluluskan untuk diperuntukan kepada rumahrumah ibadat bukan Islam di dalam persidangan DUN yang lalu.

  2. Berapakah jumlah minima peruntukan yang bakal diterima untuk seseunit rumah berhala.

    Setakat ini, Kerajaan Negeri tidak menetapkan sebarang peruntukan minima yang boleh diterima oleh sesebuah rumah ibadat selain Islam. Peruntukan yang boleh diberikan adalah untuk tujuan seperti berikut:

    1. Baik pulih bangunan keagamaan sedia ada,
    2. Sumbangan bagi pemindahan bangunan keagamaan, dan
    3. Pendidikan keagamaan.

Lampiran

Tiada Lampiran.