Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024

238) PERUNTUKAN RM50 RIBU KEPADA ADN PEMBANGKANG

Tahun: 2024

Sesi: 1

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Tuan Mohd Shafie Bin Ngah

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah peraturan kewangan bagi penggunaan peruntukan RM50 ribu kepada ADN Pembangkang (sebagaimana yang diumumkan oleh YAB Menteri Besar dalam sidang DUN bulan November 2023)?Apakah ia boleh digunakan bagi perbelanjaan pejabat pada tahun 2023 sahaja?

    Soalan (a) dan (c) dijawab bersekali.

     

    Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor ke-31 Tahun 2023 pada 13 Disember 2023 telah meluluskan penggunaan peruntukan Program Mesra Rakyat kepada setiap Y.B. Ahli Dewan Negeri (Pembangkang) tahun 2023 berjumlah RM 50,000.00 bagi urusan keperluan pejabat/ Pusat Khidmat Masyarakat Dewan Negeri. Peruntukan tersebut telah disalurkan kepada semua Pejabat Daerah dan Tanah Negeri Selangor dan pemakluman telah dibuat melalui surat bertarikh 18 Disember 2023. Pekeliling Perbendaharaan Bilangan 1 Tahun 2019: Garis Panduan Penggunaan Peruntukan Ahli Mesyuarat Majlis Kerajaan Negeri dan Ahli Dewan Negeri Selangor telah menggariskan penggunaan peruntukan bagi Pengurusan Pejabat Ahli Dewan Negeri (ADN) meliputi semua kos perbelanjaan pengurusan pejabat tidak melebihi RM72,000.00 setahun bagi penyewaan ruang pejabat, penyewaan mesin fotostat, penyelenggaraan pejabat, pembayaran bil utiliti, pembelian komputer, pencetak, alat tulis, perbelanjaan mesyuarat serta lain-lain peralatan dan keperluan dalam pengurusan pejabat. Peruntukan tersebut telah dilulus untuk digunakan pada tahun 2024 dan pemakluman telah dibuat melalui surat kepada semua Pejabat Daerah dan Tanah Negeri Selangor pada 12 Januari 2024.

  2. Apakah ia boleh digunakan untuk sumbangan kebajikan, sumbangan kewangan atas permohonan pihak luar seperti Persatuan Penduduk, pihak sekolah dan orang perseorangan?

    Peruntukan tersebut tidak boleh digunakan untuk kegunaan selain dari keperluan pejabat/ Pusat Khidmat Masyarakat Dewan Negeri sebagaimana digariskan dalam Pekeliling Perbendaharaan Bilangan 1 Tahun 2019: Garis Panduan Penggunaan Peruntukan Ahli Mesyuarat Majlis Kerajaan Negeri dan Ahli Dewan Negeri Selangor.

  3. Apakah boleh digunakan untuk pembelian perabot dan peralatan-peralatan lain seperti komputer, alat CCTV dan kamera untuk kegunaan pejabat?

    Soalan (a) dan (c) dijawab bersekali.

     

    Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor ke-31 Tahun 2023 pada 13 Disember 2023 telah meluluskan penggunaan peruntukan Program Mesra Rakyat kepada setiap Y.B. Ahli Dewan Negeri (Pembangkang) tahun 2023 berjumlah RM 50,000.00 bagi urusan keperluan pejabat/ Pusat Khidmat Masyarakat Dewan Negeri. Peruntukan tersebut telah disalurkan kepada semua Pejabat Daerah dan Tanah Negeri Selangor dan pemakluman telah dibuat melalui surat bertarikh 18 Disember 2023. Pekeliling Perbendaharaan Bilangan 1 Tahun 2019: Garis Panduan Penggunaan Peruntukan Ahli Mesyuarat Majlis Kerajaan Negeri dan Ahli Dewan Negeri Selangor telah menggariskan penggunaan peruntukan bagi Pengurusan Pejabat Ahli Dewan Negeri (ADN) meliputi semua kos perbelanjaan pengurusan pejabat tidak melebihi RM72,000.00 setahun bagi penyewaan ruang pejabat, penyewaan mesin fotostat, penyelenggaraan pejabat, pembayaran bil utiliti, pembelian komputer, pencetak, alat tulis, perbelanjaan mesyuarat serta lain-lain peralatan dan keperluan dalam pengurusan pejabat. Peruntukan tersebut telah dilulus untuk digunakan pada tahun 2024 dan pemakluman telah dibuat melalui surat kepada semua Pejabat Daerah dan Tanah Negeri Selangor pada 12 Januari 2024.

Lampiran

Tiada Lampiran.