Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017

3 November 2017, 06 November hingga 10 November 2017 dan 13 November hingga 16 November 2017

243) PERUNTUKAN RM200,000 KEPADA AHLI DEWAN NEGERI PEMBANGKANG DI SELANGOR

Tahun: 2017

Sesi: 3

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Puan Lee Kee Hiong

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Senaraikan Ahli Dewan Negeri Pembangkang yang telah atau tidak membelanjakan peruntukan daripada Kerajaan Negeri pada tahun 2016 dan 2017.

    Mulai tahun 2015, Ahli Dewan Negeri Bukan Kerajaan  diberikan peruntukan  di bawah vot Perkhidmatan Masyarakat sebanyak RM200,000.00. Bagi perbelanjaan tahun 2015, tiada Ahli Dewan Negeri yang mengguna pakai peruntukan ini. Bagi tahun 2016, jumlah peruntukan yang sama diberikan kepada semua DUN Bukan

    Sehingga Mac 2016, memandangkan masih tiada perbelanjaan dibuat, Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) yang telah disahkan pada 23 Mac 2016 bersetuju supaya peruntukan sebanyak RM6,000.00 sebulan bagi tempoh 10 bulan mulai Mac 2016 disalurkan terus kepada akaun Pusat Perkhidmatan Masyarakat (PKM) bagi tujuan pengurusan pejabat.

    Perbelanjaan DUN Bukan Kerajaan bagi tahun 2016 adalah seperti jadual berikut:

     

    BIL NAMA DUN PERBELANJAAN (RM)
    1. N39 Kota Damansara 60,000.00
    2. N46 Pelabuhan Klang 0.00
    3. N13 Kuang 60,000.00
    4. N24 Semenyih 60,000.00
    5. N55 Dengkil 81,906.50

     

    6. N08 Sg Burong 60,000.00
    7. N09 Permatang 60,000.00
    8. N10 Bukit Melawati 60,000.00
    9. N12 Jeram 71,328.47
    10. N05 Hulu Bernam 60,000.00
    11. N07 Batang Kali 60,000.00
    12. N01 Sg Air Tawar 60,000.00
    13. N03 Sg Panjang 60,000.00
    JUMLAH 753,234.97

    Pada tahun 2017 pula, tiada perbelanjaan dibuat oleh mana-mana Ahli Dewan Negeri (ADN) Bukan Kerajaan sehingga 30 September 2017.

  2. Apakah tindakan Kerajaan Negeri terhadap Ahli Dewan Negeri Pembangkang yang tidak menggunakan peruntukan RM200,000 pada tahun ini?

    Setelah beberapa pindaan dan kemudahan diberikan kepada DUN Bukan Kerajaan, namun peruntukan yang disediakan untuk kebaikan rakyat masih tidak digunakan. Dan tiada tindakan dikenakan ke atas mana-mana Ahli Dewan Negeri Bukan Kerajaan yang tidak membelanjakan peruntukan tersebut namun, demi kepentingan dan kebaikan rakyat, keputusan MMKN yang telah disahkan pada 25 Oktober 2017 bersetuju supaya:

    • peruntukan DUN Bukan Kerajaan berjumlah RM200,000.00 digunapakai oleh Pegawai Penyelaras DUN tertakluk setelah peruntukan tahun 2016 dan 2017 telah habis dibelanjakan; dan

     

    • perbelanjaan/ penggunaan peruntukan tersebut adalah tertakluk dan mematuhi Pekeliling Perbendaharaan Negeri Selangor Bilangan 2 Tahun 2017.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.