Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014
24 November - 28 November 2014 dan 01 Disember - 05 Disember 2014
352) PERUNTUKAN RIZAB TUNAI MELALUI GERAN SISTEM MAKLUMAT REKOD JALAN RAYA MALAYSIA (MARRIS)
Tahun: 2014
Sesi: 3
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Datuk Haji Johan Bin Abdul Aziz
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Berapakah jumlah peruntukan MARRIS bagi tahun 2014 yang diterima oleh kerajaan negeri untuk membaikpulih dan menyelenggara prasarana bawah PBT Negeri Selangor?
Peruntukan MARRIS bagi tahun 2014 yang diterima khusus bagi membaik pulih dan menyelenggarakan prasarana di bawah PBT Negeri Selangor adalah sebanyak RM 275,297,755.00. Jumlah ini dikira berdasarkan panjang jalan yang direkodkan dalam Sistem MARRIS Online pada 31 Disember 2013 di kesemua PBT Negeri Selangor iaitu 11,018.21 km. Sungguhpun begitu, Kerajaan Negeri telah memperuntukkan sebanyak RM 382,142,110.97 khusus untuk PBT Negeri Selangor sepanjang tahun 2014.
-
Berapakah jumlah peruntukan MARRIS bagi tahun 2014 untuk membaikpulih dan menyelenggara prasarana di DUN Semenyih?
Peruntukan MARRIS tahun 2014 bagi membaikpulih dan menyelenggarakan prasarana di DUN Semenyih adalah sebanyak RM 7,706,400.00 berdasarkan peruntukan DUN dan peruntukan Panjang