Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016

01 Ogos 2016 - 02 Ogos 2016

16) PERUNTUKAN PUSAT WANITA BERDAYA (PWB)

Tahun: 2016

Sesi: 2

Isu: Wanita & Keluarga

Adun: Y.B. Puan Noor Hanim Binti Ismail

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Berapakah peruntukan Pusat Wanita Berdaya (PWB) yang telah digunakan oleh setiap DUN

    Kerajaan Negeri Selangor amat prihatin dan serius dalam membangunkan wanita di Selangor. Jesteru itu, Kerajaan Negeri telah menyediakan sejumlah peruntukan setiap tahun bagi menjayakan agenda Pemberdayaan Wanita Selangor yang berjumlah RM1,680,000.00 melalui aktiviti dan program pembangunan serta latihan Pusat Wanita Berdaya. Sehingga Jun 2016, sebanyak  RM568,885.00 telah digunakan oleh PWB di seluruh Selangor daripada jumlah yang diperuntukkan oleh Kerajaan Negeri.

    Dengan jumlah tersebut setiap PWB DUN telah mendapat agihan sebanyak RM30,000.00 dan telah disalurkan sepenuhnya kepada setiap PWB DUN bagi menjalankan program-program pemberdayaan wanita berskala kecil dalam bentuk program kursus dan latihan mengikut keperluan dan kreativiti wanita di DUN masing-masing. Peruntukan yang telah digunakan oleh setiap DUN adalah seperti di Lampiran A.

Lampiran

Tiada Lampiran.