Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015
30 Oktober 2015, 02 November - 06 November 2015 dan 11 November - 13 November 2015
235) PERUNTUKAN PERJALANAN DALAM / LUAR NEGERI WAKIL RAKYAT
Tahun: 2015
Sesi: 3
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Puan Tiew Way Keng
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Sila kemukakan senarai perbelanjaan Kerajaan Negeri dalam perkara pelancongan Dalam Negeri /Luar Negeri oleh MB, setiap EXCO dan Ahli Dewan Negeri dalam tempoh 2008-2015
Enakmen Anggota Pentadbiran dan Ahli Dewan Negeri Selangor (Saraan) bilangan 8 tahun 1980 telah menetapkan Menteri Besar dan Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri (AMMKN) layak menerima elaun dan kemudahan berikut :-
KELAYAKAN AMAUN 1. Diberi kemudahan tambang kapal terbang kelas Business untuk perjalanan tidak termasuk isteri/suami masing-masing bagi mana-mana perjalanan pergi/balik di seluruh Malaysia atau wang tunai yang bernilai dengan jumlah harga tambang itu atau harga tambang kapal terbang kelas business KLIA-Kota Kinabalu, Sabah yang mana lebih tinggi.
Menteri Besar dan AMMKN layak menerima RM6,000.00 setahun setiap
seorang.
2. Diberi satu kali dalam perkhidmatan tiket penerbangan KL-London kelas 1 termasuk suami/isteri dan kelas ekonomi untuk 3 orang anak dan seorang pegawai pembantu atau bersamaan wang tunai RM200,000.00 (untuk Menteri Besar) dan RM100,000.00 (untuk AMMKN) untuk perbelanjaan penginapan, makan/minum dan lain-lain. Menteri Besar layak menerima RM200,000.00 sepenggal
dan
AMMKN layak menerima RM100,000.00
sepenggal
setiap seorang.
Berikut adalah senarai perbelanjaan Kerajaan Negeri dalam perkara pelancongan Dalam Negeri / Luar Negeri oleh MB, setiap EXCO dan Ahli Dewan Negeri dalam tempoh 2008-2015:-
TAHUN ELAUN KELAYAKAN PERJALANAN
ELAUN CUTI KHAS MB AMMKN ADN MB AMMKN ADN 2015 6,000.00 6,000.00 – 200,000.00 100,000.00 – 2014 6,000.00 6,000.00 – 2013 6,000.00 6,000.00 – 2012 6,000.00 6,000.00 – 200,000.00 100,000.00 – 2011 6,000.00 6,000.00 – 2010 6,000.00 6,000.00 – 2009 6,000.00 6,000.00 – 2008 6,000.00 6,000.00 – -
Berapakah jumlah peruntukan Selangor untuk perbelanjaan MB, EXCO dan ADUN untuk pelancongan dalam negeri / luar negeri dalam tempoh 2004-2014?
Jumlah peruntukan Selangor untuk perbelanjaan MB, EXCO dan ADUN untuk pelancongan dalam negeri / luar negeri dalam tempoh 2004 – 2014 adalah RM4,920,000.00.