Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017
24 Julai 2017 hingga 25 Julai 2017
115) PERUNTUKAN PERBELANJAAN MENGURUS
Tahun: 2017
Sesi: 2
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Puan Haniza Binti Mohamed Talha
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Peratus Peruntukan Perbelanjaan Mengurus telah diturunkan kepada 47.8% berbanding Peruntukan Perbelanjaan Pembangunan 52.2%. Adakah penurunan % perbelanjaan tersebut memberi kesan kepada prestasi?
Penurunan peratus peruntukan Mengurus tahun 2017 berbanding peruntukan Pembangunan tidak akan memberi kesan kepada prestasi Jabatan-jabatan dibawah Pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor.
Dalam meluluskan peruntukan Mengurus, Kerajaan Negeri telah pun mengambil kira segala komitmen yang perlu di tampung oleh setiap Jabatan iaitu termasuk bayaran emolumen, bayaran utiliti dan perkhidmatan kontrak. Malahan jika dilihat daripada segi jumlah peruntukan Mengurus yang diluluskan bagi tahun 2015 hingga 2017, amaun adalah meningkat seperti berikut:
TAHUN
JUMLAH KESELURUHAN PERUNTUKAN
(RM)
JUMLAH PERUNTUKAN MENGURUS RM % 2015 2,422,500,000.00 1,288,530,000.00 53.2 2016 2,880,000,000.00 1,440,000,000.00 50.0 2017 3,450,000,000.00 1,650,000,000.00 47.8 -
Adakah trend ini mampu diteruskan di tahun akan datang?
Keperluan untuk mengurangkan peratus peruntukan Mengurus berbanding peruntukan Pembangunan adalah bergantung kepada unjuran perbelanjaan Pembangunan bagi sesuatu tahun iaitu dengan melihat kepada perancangan yang telah dibuat bagi sepanjang tempoh Rancangan Malaysia [contoh : RM Ke-11(bagi tempoh 2016-2020)].
Oleh yang demikian, trend ini boleh diteruskan pada masa akan datang bergantung kepada unjuran pelaksanaan projek dan program dalam tempoh Rancangan Malaysia yang telah ditetapkan.