Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024

261) PERUNTUKAN PENYELENGGARAAN JALAN

Tahun: 2024

Sesi: 1

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Nushi Bin Mahfodz

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Berapakah jumlah projek penyelenggaraan jalan di bawah MARRIS/ biayai oleh Kerajaan Persekutuan di DUN Semenyih yang telah selesai sepanjang 2022-2023?

    Projek penyelenggaraan jalan di bawah MARRIS di DUN Semenyih yang telah selesai bagi tahun 2022-2023 :

     

    TAHUN

    JUMLAH PROJEK

    2022

    5

    2023

    2

  2. Mohon senaraikan pemaju dan jalan perbandaran bawah PBT yang telah menerima peruntukan tersebut.

    Lokasi jalan yang diselenggara menggunakan peruntukan di bawah MARRIS adalah di Jalan 1, 1/3, 1/4, 1/5, Jalan 2/2-2/4 dan Jalan 3/3, Taman PKNS Beranang, Jalan Villaraya 3 dan 11A, Taman Perindustrian Villaraya, jalan 2/9A – Jalan 2/9C dan Persiaran taman Pelangi Semenyih, Jalan Pasar Baru 2 – Jalan Pasar Baru 3, dan Jalan Sekolah, Jalan Perindustrian Mahkota Beranang, Jalan Semenyih Permata Utama, Jalan Semenyih Jaya serta Jalan Semenyih Indah.

Lampiran

Tiada Lampiran.