Mesyuarat Pertama Penggal Keenam Dewan Negeri Selangor Tahun 2018
26 Mac 2018 hingga 28 Mac 2018
98) PERUNTUKAN PENYELENGGARAAN DAN PEMBANGUNAN JALAN SEDIADA KEPADA JKR SELANGOR
Tahun: 2018
Sesi: 1
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Dr Abdul Rani Bin Osman
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Berapakah permohonan dan kelulusan peruntukan pembangunan dan penyelenggaraan jalan sediaada yang dipohon JKR Selangor dan Klang?
Pada tahun 2018, jumlah keseluruhan permohonan peruntukan bagi tujuan penyelenggaraan jalan oleh JKR Selangor adalah sebanyak RM210,527,160.70. Daripada jumlah tersebut, peruntukan untuk penyelenggaraan jalan bagi JKR Daerah Klang adalah seperti berikut:
SKOP KERJA KOS (RM) Sebutharga Secara Jabatan 8,000,000.00 Kontrak Jangka Panjang (Kerja-kerja Rutin) 3,777,646.43 Kontrak Berpusat (Pembaikan jalan yang panjang) 3,562,350.00 JUMLAH KESELURUHAN 15,339,996.43 -
Apakah ada syarat dan had tertentu kos penyelenggaraan lubang setiap bulan oleh konsesi?
Pembaikan Lubang (Pothole) ini merupakan item di bawah Penyelenggaraan Rutin No 1 (RO1) dibawah Kontrak Konsesi. Pembaikan Lubang (Pothole) di dalam kontrak konsesi ini di definasikan sebagai kehilangan permukaan pavement yang minimum dengan kelebaran 200mm dan tidak melebihi 1000mm dengan ketebalan tidak melebihi 25mm. Bagi pembaikan pothole, had keluasan tampalan yang dibenarkan di bawah kerja penyelenggaraan rutin adalah 0.5% dari keluasan kawasan berturap setiap tahun.
(Paved area = Length of road x average 7m width)
Bagi kerosakan jalan melebihi dimensi seperti yang dinyatakan di atas dan kerosakan potholes yang berulang, pembaikan permukaan jalan secara heavy patching atau kerja membaikpulih jalan boleh dilaksanakan merujuk kepada skop Penyelenggaraan Berkala Pavement. Bagi kerja pembaikan heavy patching, had kuantiti kerja yang dibenarkan adalah 20% daripada 0.5% dari keluasan kawasan berturap setiap tahun. Kos Pembaikan Lubang (Pothole) didalam kontrak konsesi ini adalah sebanyak RM 108 Per Kilometer / Sebulan dan kos sebulan adalah bergantung kepada panjang jalan di setiap daerah terlibat.
Statistik terkini (sehingga 2 March 2018) mencatatkan bilangan jalan di Negeri Selangor adalah sebanyak 3199 batang jalan manakala panjang jalan adalah 4370.166 KM. Sekiranya kerosakan yang melebihi daripada kelebaran dan ketebalan yang dihadkan, kerosakan perlu dibaiki secara komprehensif melalui kerja sebutharga berasingan.
-
Berapakah kekerapan aduan kerosakan dan baikpulih lubang jalan?
Aduan Kerosakan dan baikpulih lubang jalan di daerah Klang bagi tahun 2017 dan 2018 adalah seperti jadual di bawah :-
TAHUN 2017 TAHUN 2018 (Data sehingga Februari 2018) 381 104