Mesyuarat Pertama Penggal Keenam Dewan Negeri Selangor Tahun 2018
26 Mac 2018 hingga 28 Mac 2018
77) PERUNTUKAN PENYELENGGARAAN DAN PEMBANGUNAN BAGI SEKOLAH RENDAH AGAMA DI BAWAH JAIS
Tahun: 2018
Sesi: 1
Isu: hal ehwal islam
Adun: Y.B. Tuan Dr Abdul Rani Bin Osman
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Peruntukan 2017 berapa peratus telah dibelanjakan dan dilaksana?
Peruntukan sebanyak RM128.5 juta telah diperuntukan oleh Kerajaan Negeri kepada Vot.P14: JAIS pada tahun 2017 dan sebanyak RM105,416,045.97 telah berjaya dibelanjakan daripada jumlah keseluruhan peruntukan tersebut dengan pencapaian 82.04 peratus.
-
Berapakah kelulusan telah diperuntukan dalam aduan dan permohonan daripada 7 buah SRA dalam DUN Meru bagi tahun 2017 & 2018?
Kelulusan yang diperuntukan dalam permohonan daripada 7 buah SRA dalam DUN Meru bagi tahun 2017 & 2018 adalah sebanyak RM271,710.00
-
Apakah ada halangandan kekangan peruntukan dibelanjakan mengikut tahun kewangan?
Antara kekangan Jabatan bagi membelanjakan peruntukan pada tahun semasa adalah masalah kemajuan kerja di tapak bina tidak selaras dengan jadual perancangan yang telah