Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014

24 November - 28 November 2014 dan 01 Disember - 05 Disember 2014

123) PERUNTUKAN PENGURUSAN PEJABAT

Tahun: 2014

Sesi: 3

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Puan Noor Hanim Binti Ismail

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Bolehkah peruntukan tambahan pengurusan pejabat dinaikkan dari RM10,000 kepada RM30,000 setahun, memandangkan harga kos barangan yang semakin meningkat

    Siling bagi perbelanjaan pengurusan pejabat Ahli Dewan Negeri (ADN) adalah sebanyak RM10,000 setahun seperti yang ditetapkan di dalam Pekeliling Perbendaharaan Bil 5 Tahun 2013-Garis Panduan Penggunaan Peruntukan Ahli Mesyuarat Majlis Kerajaan Negeri Dan Ahli Dewan Negeri Selangor. Sekiranya ada keperluan mendesak untuk menaikkan peruntukan bagi pengurusan pejabat, permohonan bolehlah dikemukakan kepada Pegawai Kewangan Negeri untuk pertimbangan, tanpa tambahan kepada peruntukan tahunan sedia ada ADN.

Lampiran

Tiada Lampiran.