Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019

18 Mac 2019 - 25 Mac 2019

40) PERUNTUKAN PEMBANGUNAN UNTUK MASJID/SURAU

Tahun: 2019

Sesi: 1

Isu: Hal Ehwal Islam

Adun: Y.B. Tuan Shatiri Bin Mansor

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apa kah kriteria-kriteria yang di guna pakai æuntuk menetukan masjid/surau/institusi agama yang manakah yang æakan di salurkan peruntukan untuk penyelengaraan/naik taraf dari MBI ?

    Kriteria masjid/surau/institusi agama yang layak mendapatkan santunan dari MBI ialah; 1. Berdaftar di bawah MAIS/JAIS atau badan yang diiktiraf oleh Kerajaan;

    2. Bergantung kepada permohonan yang dilakukan oleh Ahli Jawatankuasa Kuasa masjid/surau/institusi agama tersebut, dan sebarang pertimbangan akan diberikan berasaskan kepada keperluan dan keadaan masjid tersebut, termasuklah saiz, kapasiti dan keadaan fizikal masjid/surau/institusi agama berkenaan;

    3. Sumbangan adalah bertujuan untuk pembangunan, pengimarahan, meningkatkan kesejahteraan serta hal-hal yang layak dan munasabah oleh pihak masjid/surau/institusi agama yang mengajukan permohonan;

    4. Aktiviti yang dijalankan tidak menyalahi dasar atau undang-undang yang telah ditetapkan oleh Kerajaan;

    5. Semua permohonan adalah diselaraskan oleh pihak MBI Selangor dalam tempoh masa yang ditetapkan dan permohonan yang tidak lengkap atau yang tidak memenuhi kriteria tidak akan dipertimbangkan;

Lampiran

Tiada Lampiran.