Mesyuarat Pertama (Pembukaan) Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2025

18 Februari - 21 Februari 2025, 24 Februari - 28 Februari 2025 dan 3 Mac 2025

312) PERUNTUKAN PEMBANGUNAN PELANCONGAN SELANGOR

Tahun: 2025

Sesi: 1

Isu: n/a

Adun: Y.B. Puan Nurul Syazwani Binti Noh

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Berapakah jumlah keseluruhan peruntukan yang telah diluluskan oleh Kerajaan Negeri Selangor bagi pembangunan sektor pelancongan dari tahun 2021 sehingga kini? Mohon senaraikan peruntukan tersebut mengikut kategori atau program yang relevan.

    Untuk makluman Yang Berhormat, jumlah peruntukan yang telah diluluskan oleh Kerajaan Negeri Selangor bagi pembangunan sektor pelancongan dari tahun 2021 sehingga 2025 adalah seperti berikut:

     

    VOT P01 10001 P02 10002 P03 10003
    Tahun Promosi, Acara dan Program Pelancongan Pembangunan Kraftangan Menaiktaraf Produk Pelancongan
    2021 4,200,000.00 150,000.00 1,500,000.00
    2022 3,780,000.00 150,000.00 1,350,000.00
    2023 4,000,000.00 150,000.00 1,850,000.00
    2024 4,250,000.00 150,000.00 1,850,000.00
    2025 7,999,980.00 10.00 10.00
    Jumlah 24,229,980.00 600,010.00 6,550,010
    Jumlah Keseluruhan :                                31,380,000.00
  2. Adakah Kerajaan Negeri Selangor menyediakan geran khusus bagi membantu pengusaha dalam industri pelancongan? Jika ya, mohon senaraikan jenis-jenis geran yang tersedia beserta syarat dan kelayakan pemohon.

    Untuk Makluman Yang Berhormat, Kerajaan Negeri melalui Tourism Selangor telah memperuntukan geran sebanyak RM200,000.00 kepada persatuan pelancongan yang berdaftar dengan Jabatan Pendaftaran dan Pertubuhan Negeri Selangor (ROS) dan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC). Setiap persatuan akan menerima geran sebanyak RM10,000.00. Berikut adalah senarai Penerima Geran Pelancaran Tahun Melawat Selangor 2025:

    Bil. Nama Organsasi
    1. Persatuan Hotel Budget Malaysia Selangor
    2. Persatuan Hotel Malaysia Cawangan Selangor (MAH Sel)
    3. Malaysia Association of Hotel Owners
    4. Malaysia Association of Tour and Travel Agents Selangor (MATTA Selangor Chapter)
    5. Persatuan Pemandu Pelancong Selangor
    6. Persatuan Pembangunan Pelancongan Antarabangsa Malaysia
    7. Malaysia Chinese Tourism Association
    8. Persatuan Agensi Pelancongan Malaysia
    9. Persatuan Pengurusan Kompleks Malaysia
    10. Persatuan Kemajuan Pelancongan Sekinchan
    11. Persatuan Hakka Negeri Selangor
    12. Persatuan Kebudayaan Jenjarom
    13. Persatuan Concierge Selangor
    14. Gabungan Dewan Perniagaan dan Perindustrian Cina Pantai Selangor
    15. Malaysia Indian Tour & Travel Association
    16. Persatuan Taman Tema dan Pusat Hiburan Keluarga Malaysia
    17. Persatuan Syarikat Pengendalian Pelancongan Bumiputera Malaysia
    18. Malaysian Association of Convention and Exhibition Organisers and Suppliers
    19.  Persatuan Penggalakan Pelancongan Inbound Cina Malaysia
    20. Persatuan Homestay Negeri Selangor

     

     

    Bagi syarat dan kelayakan permohonan adalah seperti berikut:

     

    Syarat-Syarat Permohonan Kategori Pemohon
    i.             Syarikat dan Organisasi Swasta Tempatan;

    ii.            Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) yang kos promosi tidak dibiayai oleh Kerajaan;

    iii.          Anak Syarikat di bawah Kerajaan Negeri; dan

    iv.          Persatuan/ Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) Tempatan.

     

    Kelayakan Pemohon
    Pemohon perlu mempunyai pendaftaran yang sah dan hendaklah mengemukakan dokumen-dokumen bukti pendaftaran/pengesahan seperti berikut:

    i.             Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM);

    ii.            Corporate Information;

    iii.           Summary of Share Capital;

    iv.          Directors/Officers;

    v.           Shareholder/Members;

    vi.         Company Charges;

    vii.        Summary of Financial Information; dan

    viii.       Laporan Penyata Kewangan Terkini ATAU ‘Management Account’ bagi yang beroperasi enam (6) bulan.

     

  3. Adakah terdapat peruntukan khusus yang disediakan oleh kerajaan untuk menaik taraf lokasi tarikan pelancongan di Selangor? Jika ada, apakah lokasi dan jenis penaiktarafan yang terlibat?

    Kerajaan Negeri telah memperuntukan sebanyak RM1,250,180.00 untuk menaiktaraf produk pelancongan bagi tahun 2025. Peruntukan tersebut akan disalurkan kepada beberapa Pihak Berkuasa Tempatan yang telah mengemukakan permohonan bagi cadangan projek-projek menaiktaraf infrastruktur.

Lampiran

Tiada Lampiran.