Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017

24 Julai 2017 hingga 25 Julai 2017

270) PERUNTUKAN PEMBANGUNAN PEJABAT MENTERI BESAR

Tahun: 2017

Sesi: 2

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Datuk Sulaiman Bin Abdul Razak

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Nyatakan perincian peruntukan RM1,107,877,500 dalam Bajet Selangor 2017 yang telah dibelanjakan.

    Bagi tahun 2017, Kerajaan Negeri Selangor telah meluluskan peruntukan pembangunan sebanyak RM1.8 bilion bagi tujuan menampung pelaksanaan projek dan program pembangunan bagi sembilan (9) vot jabatan di Negeri Selangor. Daripada jumlah tersebut, sebanyak RM1,107,877,500.00 diperuntukkan di bawah Vot P01 – Menteri Besar dan SUK dengan perincian peruntukan dan prestasi perbelanjaan sehingga    30 Jun 2017 mengikut jabatan adalah seperti berikut:

    BIL NAMA JABATAN PERUNTUKAN

    2017 (RM)

    BELANJA /

    TANGGUNGAN 

    2017 (RM)

    BAKI (RM) PRESTASI

    (%)

    1 Seksyen Makro Dan Penswastaan 421,379,380.00   151,167,152.88 270,212,227.12 35.9%
    2 Seksyen Pihak

    Berkuasa

    Tempatan

    166,750,000.00     28,020,259.39 138,729,740.61 16.8%
    3 Seksyen Sektoral 94,713,120.00     36,514,199.44 58,198,920.56 38.6%
    4 Seksyen Agihan

    Dan Pembangunan

    269,454,960.00   182,219,465.43 87,235,494.57 67.6%
    5 Bahagian

    Pengurusan

    Sumber Manusia

    82,300,000.00     48,518,945.88 33,781,054.12 59.0%
    6 Bahagian

    Teknologi Maklumat

    8,730,000.00       1,699,138.43 7,030,861.57 19.5%
    7 Perbadanan Adat

    Melayu Dan

    Warisan

    500,000.00          374,000.00         126,000.00 74.8%
    8 Perbadanan

    Perpustakaan

    Awam Selangor

    9,050,020.00          329,415.51 8,720,604.49 3.6%
    9 Lembaga

    Perumahan

    Hartanah Selangor

    45,000,020.00                           – 45,000,020.00 0.0%
    10 Pejabat Menteri Besar 8,000,000.00          364,320.00 7,635,680.00 4.6%
    11 Lembaga Urus Air Selangor 2,000,000.00                           – 2,000,000.00 0.0%
      JUMLAH

    KESELURUHAN

      1,107,877,500.00    449,206,896.96  658,670,603.04  40.5%

    Berdasarkan jadual di atas, masih tiada perbelanjaan dibuat bagi Lembaga Perumahan Hartanah Selangor dan Lembaga Urus Air Selangor kerana penyaluran peruntukan akan disalurkan berdasarkan Surat Setuju Terima (SST) yang akan dikemukakan kepada Unit Perancang Ekonomi Negeri untuk projek dan kajian yang telah diluluskan.

    Secara perbandingan bagi tempoh yang sama, prestasi perbelanjaan pada tahun 2017 bagi Vot P01 – Pejabat Menteri Besar dan SUK mencatatkan peningkatan sebanyak 3.2% berbanding pencapaian pada tahun 2016 sebanyak 37.3% (RM 320,149,793.41) telah dibelanjakan.

  2. Berapa peratus jumlah peruntukan yang telah dibelanjakan?

    Sama seperti di SUB(a)

  3. Nyatakan KPI yang ditetapkan bagi memastikan tidak berlaku pembaziran

    Kerajaan Negeri telah menetapkan sasaran Petunjuk Prestasi Utama (Key Performance Indicator – KPI) bagi perbelanjaan pembangunan bagi tahun 2017 adalah sebanyak 95% daripada RM 1.8 bilion yang telah diluluskan kepada sembilan (9) Vot Jabatan termasuk Vot P01 – Menteri Besar dan SUK.

    Mekanisme pemantauan pelaksanaan projek-projek pembangunan negeri bagi tahun 2017 di peringkat Kerajaan Negeri dibuat melalui Jawatankuasa Tetap Kewangan yang dipengerusikan oleh YAB. Dato’ Menteri Besar Selangor yang dibuat sebanyak empat (4) kali setahun. Selain itu, pemantauan juga dibuat melalui Jawatankuasa Kerja Tindakan Negeri (JKTNg) yang dipengerusikan oleh YB. Setiausaha Kerajaan Negeri yang bermesyuarat sebanyak tiga (3) kali setahun dan juga Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal dan Perancangan Projek Pembangunan Negeri (JKTPN) yang dipengerusikan oleh YBhg. Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Pembangunan) yang bermesyuarat sebanyak enam (6) kali setahun.

     

    Kerajaan Negeri telah menetapkan sasaran pencapaian perbelanjaan pembangunan bagi tahun 2017 adalah sebanyak 95% sejajar dengan perkembangan status kemajuan fizikal projek yang telah dirancang yang mana 80% projek fizikal perlu disiapkan iaitu sebanyak 278 buah projek dalam tempoh Rancangan Malaysia Kesebelas Negeri Selangor (RMKe-11) iaitu mulai tahun 2016 dan berakhir pada tahun 2020.

    Selain daripada tiga (3) jawatan kuasa tersebut, mesyuarat penyelarasan dan pemantauan projek bermasalah juga turut diadakan bagi mendapatkan jalan penyelesaian segera. Pemantauan secara bulanan melalui Laporan Prestasi Perbelanjaan Pembangunan perlu dikemukakan oleh semua jabatan dan diselaraskan oleh Unit Perancang Ekonomi Negeri Selangor.

    Langkah proaktif juga telah diambil melalui pemantauan laporan prestasi perbelanjaan secara mingguan yang telah berkuat kuasa pada 7 Julai 2017 bagi mencapai KPI yang telah ditetapkan.

Lampiran

Tiada Lampiran.