Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015
17 Ogos - 20 Ogos 2015
165) PERUNTUKAN PEMBANGUNAN KEPADA JKR DAN JPS PADA TAHUN 2015
Tahun: 2015
Sesi: 2
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Berapa banyak peruntukan pembangunan JKR dan JPS pada tahun 2015 dan berapa banyak daripadanya telah dibelanjakan?
Bagi tahun 2015, Kerajaan Negeri Selangor telah meluluskan peruntukan pembangunan sebanyak RM320 juta kepada pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) manakala sejumlah RM47 juta kepada pihak Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS). Daripada jumlah tersebut, pihak JKR telah membelanjakan/tanggungan sejumlah RM164,370,887.89 (51.35%) manakala pihak JPS telah membelanjakan sejumlah RM13,084,064.20 (27.8%) sehingga 31 Julai 2015.
-
Sila memberi butiran telah setiap satu perbelanjaan dan projek yang belum bermula, telah bermula, telah siap sepenuhnya dan belum bermula pada tahun ini
Di bawah Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMKe-10) bagi tahun pelaksanaan dari tahun 2011 sehingga 2015, Kerajaan Negeri telah meluluskan pelaksanaan projek RMKe-10 bagi JKR adalah sebanyak 263 buah projek dan perincian mengikut status fizikal pelaksanaan projek sehingga 31 Julai 2015 adalah seperti Jadual 1 berikut:
Jadual 1
Status Pelaksanaan Projek RMKe-10
JKR Sehingga 31 Julai 2015
BIL PROJEK TOKEN BELUM MULA (BM)
DALAM PERANCANGAN (DP)
LEWAT JADUAL (LJ)
IKUT JADUAL (IJ)
DALAM JADUAL (DJ)
SIAP (SS)
GUGUR (G)
263 2 22 9 14 2 68 146 Berdasarkan Jadual 1 di atas, pecahan perbelanjaan JKR mengikut status projek pula adalah seperti Jadual 2 berikut:
Jadual 2
Pecahan Perbelanjaan JKR Sehingga 31 Julai 2015
Mengikut Status Pelaksanaan Projek
BIL STATUS PROJEK BIL PROJEK PERUNTUKAN 2015 (RM) PERBELANJAAN (RM) PRESTASI BELANJA (%) 1 BELUM MULA (TOKEN/BM)
2 0.00 0.00 0.00 2 DALAM PERANCANGAN (DP)
22 85,877,380.00 14,869,442.75 17.31 3 DALAM PEMBINAAN (LJ/IJ/DJ)
25 205,391,438.11 126,131,773.24 61.41 4 SIAP (SS)
68 28,831,181.89 23,369,671.90 81.06 5 GUGUR (G) 146 – – – JUMLAH 263 320,100,000.00 164,370,887.89 51.35 Manakala bagi JPS pula, sebanyak 242 buah projek telah diluluskan oleh Kerajaan Negeri dalam RMKe-10 (tahun pelaksanaan dari 2011 hingga 2015) dan perincian mengikut status fizikal pelaksanaan projek sehingga 31 Julai 2015 adalah seperti Jadual 3 berikut:
Jadual 3
Status Pelaksanaan Projek RMKe-10
JPS Sehingga 31 Julai 2015
BIL PROJEK TOKEN BELUM MULA DALAM PERANCANGAN LEWAT JADUAL IKUT JADUAL DALAM JADUAL SIAP 246 6 – – – 111 – 129 Berdasarkan Jadual 3 di atas, pecahan perbelanjaan JPS mengikut status projek pula adalah seperti Jadual 4 berikut:
Jadual 4
Pecahan Perbelanjaan JPS Sehingga 31 Julai 2015
Mengikut Status Pelaksanaan Projek
BIL STATUS PROJEK BIL PROJEK PERUNTUKAN 2015
(RM)
PERBELANJAAN/TANGGUNGAN (RM)
PRESTASI BELANJA (%) 1 BELUM MULA (TOKEN/BM)
6 60.00 – 00.00 2 DALAM PEMBINAAN (LJ/IJ/DJ)
111 46,999,940.00 13,084,064.20 27.8
3 SIAP (SS)
129 – – 00.00
JUMLAH 246 47,000,000.00 13,084,064.20 27.8