Mesyuarat Ketiga Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016

31 October - 4 November 2016 dan 7 November - 10 November 2016

206) PERUNTUKAN PEMBANGUNAN JALAN DAN HALAMAN SEKOLAH RENDAH AGAMA JAIS

Tahun: 2016

Sesi: 3

Isu: Hal Ehwal Islam

Adun: Y.B. Tuan Dr Abdul Rani Bin Osman

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Berapakah diperuntukkan untuk menurap semula bagi setiap sekolah?

    Peruntukan yang diterima oleh Jabatan Agama Islam Selangor bagi Vot P14-01021: Baikpulih Sekolah Agama bagi tahun 2016 adalah berjumlah RM2,499,700.00. Meskipun begitu, peruntukan ini adalah umum dan tidak terkhusus untuk menurap jalan sahaja.

     

  2. Bagaimanakah peruntukan di pohon dilaksanakan?

    Peruntukan yang dipohon mestilah melalui surat aduan dan permohonan secara rasmi daripada pihak sekolah kepada Unit Pembangunan, Jabatan Agama Islam Selangor. Seterusnya, permohonan tersebut akan dinilai dan diputuskan dalam mesyuarat Teknikal dan sekiranya mendapat kelulusan, ianya akan dilaksanakan.

  3. Berapa lamakah kekerapan turapan tersebut?

    Kekerapan turapan adalah bergantung kepada peruntukan yang diterima dan laporan kerosakan daripada pihak sekolah dan sekiranya kerosakan adalah di tahap yang kritikal, kerja-kerja akan dilaksanakan dengan kadar segera.

Lampiran

Tiada Lampiran.