Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2018
23 – 30 November 2018 dan 3 – 5 Disember 2018
158) PERUNTUKAN PEMBANGUNAN INFRA AWAM
Tahun: 2018
Sesi: 3
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Mohd Shaid Bin Rosli
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Berapakah peruntukan Kerajaan Negeri bagi pembinaan masjid atau surau pada tahun 2019?
Peruntukan untuk pembinaan masjid dan surau bagi tahun 2019 akan diumumkan oleh YAB Menteri Besar dalam pembentangan belanjawan 2019.
-
Berapakah peruntukan disediakan Kerajaan Negeri membangunkan kawasan pantai di sekitar DUN Jeram?
Untuk Tahun 2019, pihak Majlis Daerah Kuala Selangor tidak menerima sebarang peruntukan untuk membangunkan kawasan pantai di sekitar DUN Jeram daripada Kerajaan Negeri. Walaubagaimanapun, terdapat peruntukan khas bagi kerja-kerja penyelenggaraan untuk kawasan tersebut dalam tempoh sepanjang tahun oleh pihak Majlis Daerah Kuala Selangor di bawah seliaan Jabatan Perancang dan Pembangunan serta Jabatan Landskap.