Mesyuarat Pertama (Pembukaan) Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Yang Keempat Belas Tahun 2022
14 Mac 2022 - 18 Mac 2022 Dan 21 Mac 2022 - 25 Mac 2022 (Isnin - Jumaat, dan Isnin - Jumaat)
118) PERUNTUKAN PEMBANGUNAN DUN SELANGOR
Tahun: 2022
Sesi: 1
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Dato' Mohd Imran Bin Tamrin
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Adakah kerajaan bersetuju dengan cadangan untuk mewujudkan satu undang-undang khusus seperti Enakmen Peruntukan Pembangunan DUN Selangor?
Untuk makluman YB Sungai Panjang, peruntukan Ahli Dewan Negeri (ADN) Selangor disediakan melalui Vot Pembangunan P01 (Pejabat Menteri Besar dan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor) PK4 – 04001 – Perkhidmatan Masyarakat yang terkandung di dalam anggaran perbelanjaan pembangunan yang dibentangkan bersama anggaran perbelanjaan mengurus sebagai
Enakmen Perbekalan pada setiap pembentangan belanjawan tahunan.
Enakmen tersebut telah memperuntukkan sejumlah peruntukan pembangunan di bawah Vot B06 (Kumpulan Wang Pembangunan /Hutan) selaras dengan kehendak legislatif berikut:i. Perlembagaan Persekutuan – Perkara 100;
ii. Akta Tatacara Kewangan 1957 – Seksyen 15 (1) Anggaran dan Virement;
iii. Akta Kumpulan Wang Pembangunan 1966Penggunaan peruntukan Ahli Dewan Negeri Selangor adalah berpandukan Pekeliling Perbendaharaan Negeri Selangor (PPNS) Bilangan 1 Tahun 2019: Garis Panduan Penggunaan Peruntukan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri dan Ahli Dewan Negeri Selangor, manakala perincian peruntukan dan perbelanjaan diselaraskan oleh Unit Perancang Ekonomi Negeri Selangor (UPEN).
Selaras dengan pengumuman di dalam pembentangan Belanjawan 2022 mengenai kesaksamaan dalam pengagihan peruntukan Ahli Dewan Negeri di kawasan kerajaan dan pembangkang, satu cadangan pengagihan baharu sedang diperhalusi dan akan dibentangkan kepada Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri untuk pertimbangan dan kelulusan.
Pada hemat Kerajaan, peruntukan undang-undang sedia ada adalah memadai bagi mengawal selia peruntukan di bawah vot Pembangunan. Jika ingin menambah baik kawalan ke atas sesuatu projek pembangunan, memadai dengan mewujudkan pekeliling atau arahan operasi sahaja.