Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014

16 Jun 2014 hingga 18 Jun 2014

216) PERUNTUKAN PEMBANGUNAN DESA

Tahun: 2014

Sesi: 2

Isu: Pembangunan Luar Bandar

Adun: Y.B. Tuan Kamarol Zaki Bin Abdul Malik

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah dasar kerajaan bagi pembangunan dan penyediaan infrastruktur di kawasan luar bandar?

    Dasar kerajaan bagi pembangunan dan penyediaan infrastruktur di kawasan luar Bandar iaitu Pembangunan Desa merupakan projek yang diberi tumpuan oleh Kerajaan Negeri. Secara dasarnya, peruntukan sebanyak RM800,000.00 akan disalurkan kepada setiap daerah untuk tujuan projek infrastruktur di daerah tersebut. Pejabat-pejabat daerah telah mengemukakan cadangan-cadangan projek bagi infrastruktur di daerah masing-masing kepada Pengerusi Jawatankuasa Tetam Pembangunan Desa. Permohonan-permohonan tersebut akan dinilai semula di peringkat Unit Perancangan Ekonomi Negeri bagi meneliti tahap kritikal sesuatu projek tersebut untuk diluluskan bagi mengelakkan sebarang pembaziran. Walau bagaimanapun, sekiranya terdapat mana-mana projek infrastruktur yang sangat kritikal dan memerlukan tindakan segera, akan diberi keutamaan

  2. Nyatakan jumlah peruntukan pembangunan yang disediakan oleh kerajaan negeri untuk setiap kampung mengikut DUN?

    Bagi pembangunan infrastruktur luar bandar, bagi tahun 2013, Kerajaan Negeri telah meluluskan peruntukan berjumlah RM 4,176,600.03 (Ringgit Malaysia: Empat Juta Satu Ratus Tujuh Puluh Enam Ribu Enam Ratus dan Sen Tiga Sahaja) dengan 204 buah projek melibatkan 190 buah kampung dan 50 kawasan Dewan Negeri Selangor. Perincian adalah seperti di Lampiran A.

    Bagi tahun 2014, Kerajaan Negeri telah meluluskan peruntukan berjumlah RM 4,356,468.30 (Ringgit Malaysia: Empat Juta Tiga Ratus Lima Puluh Enam Ribu Empat Ratus Enam Puluh Lapan dan Sen Tiga Puluh Sahaja) bagi peruntukan cadangan Projek Infrastruktur Luar Bandar Negeri Selangor Tahun 2014. Peruntukan ini melibatkan 162 buah kampung dan bagi 47 kawasan Dewan Negeri Selangor.  Peruntukan tersebut telah disalurkan kepada semua sembilan (9) Pejabat Daerah di Negeri Selangor pada April 2014. Pecahan peruntukan mengikut setiap DUN adalah seperti di Lampiran B.

Lampiran

Tiada Lampiran.