Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014

24 November - 28 November 2014 dan 01 Disember - 05 Disember 2014

316) PERUNTUKAN PEMBANGUNAN DAN PENYELENGGARAAN PARIT JPS

Tahun: 2014

Sesi: 3

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Dr Abdul Rani Bin Osman

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Kepesatan pembangunan tanah pertanian, DUN MERU menerima kesan banjir. Berdasarkan apakah peratus kelulusan bajet diberi?

    Peratus kelulusan bajet penyelenggaraan untuk kawasan Meru yang diberi oleh Kerajaan Negeri adalah berdasarkan kepada senarai inventori parit/sungai yang berada di bawah penyelenggaraan JPS.

  2. Bagaimanakah jadual membersih dan peruntukan perlu dipertingkatkan?

    1. Perlaksanaan bagi kerja-kerja pembersihan parit di kawasan Dun Meru adalah mengikut jadual pembersihan iaitu 2 kali setahun (April dan Oktober) bergantung kepada peruntukan tahunan yang disalurkan oleh Kerajaan Negeri. Sekiranya ada peruntukan yang mencukupi penyelenggaraan sebaik-baiknya adalah 4 kali setahun
  3. Apakah pelan pembangunan parit-parit selain parit jalan Hamzah Alang?

    Dari kajian pelan induk saliran Daerah Klang yang disediakan oleh JPS Malaysia, dianggarkan RM86.5 juta diperlukan untuk kawasan tadahan Sg. Kapar Besar bagi menaiktaraf saliran, membina kolam takungan yang juga merangkumi DUN Meru .

Lampiran

Tiada Lampiran.