Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2018

23 – 30 November 2018 dan 3 – 5 Disember 2018

27) PERUNTUKAN PEMBANGUNAN DAN PENYELENGGARAAN JPS

Tahun: 2018

Sesi: 3

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Puan Jamaliah Binti Jamaluddin

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Sila senaraikan jenis-jenis peruntukkan (e.g. kecemasan, kawasan) serta jumlah peruntukkan JPS Selangor pada tahun 2019.

    JPS Negeri Selangor menerima peruntukan pembangunan daripada 2 sumber iaitu peruntukan negeri dan juga peruntukan persekutuan.  Selain itu, JPS juga menguruskan peruntukan dari Akaun Amanah Caruman Parit. Peruntukan ini merupakan kutipan sumbangan bayaran Caruman Parit yang dikenakan atas pemaju bagi tujuan kemajuan tanah berdasarkan jumlah yang ditentukan oleh Pejabat Daerah dan Tanah. Kadar bayaran adalah RM10,000 per ekar. JPS juga menerima peruntukan mengurus B13 dari Kerajaan Negeri. Peruntukan ini digunakan untuk pengurusan pejabat, perolehan harta modal dan juga penyelenggaraan.

  2. Apakah JPS Selangor mempunyai rancangan penaiktarafan dan pengindahan kawasan tebing sungai seluruh Selangor pada jangka masa panjang? Sekiranya ada, apakah jangka masa tersebut?

    Kerja-kerja menaiktaraf tebing sungai dibuat melalui projek-projek Rancangan Tebatan Banjir, Pengukuhan Tebing dan Menaiktaraf Ban sungai. Selain itu, skop kerja pengindahan tebing akan dimasukkan di dalam kerja menaiktaraf mengikut kesesuaian di tapak. Secara umumnya, tempoh projek akan berjalan dalam masa 2-3 tahun bagi setiap projek.

Lampiran

Tiada Lampiran.