Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014
7 April - 11 April 2014 dan 14 April - 18 April 2014
97) PERUNTUKAN PEMBAIKAN PADANG PERMAINAN
Tahun: 2014
Sesi: 1
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Loh Chee Heng
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Nyatakan jumlah peruntukan bagi tahun 2013 untuk membaiki peralatan permainan kanak-kanak di padang permainan Taman Perumahan di Daerah Kuala Langat mengikut susunan 24 zon.
Jumlah peruntukan membaiki peralatan permainan kanak-kanak di padang permainan taman perumahan bagi keseluruhan 24 zon adalah sebanyak RM 650,000.00.
Walau bagaimanapun, agihan peruntukan setiap zon adalah mengikut keperluan semasa seperti vandalisme dan kerosakan peralatan.
-
Nyatakan jumlah kos yang belanjakan untuk setiap padang yang dibaiki.
Minimum kos diperuntukkan adalah purata RM 20,000.00 bagi setiap satu kawasan padang permainan