Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015
30 Mac - 3 April 2015 dan 6 April - 9 April 2015
301) PERUNTUKAN PEMADAM
Tahun: 2015
Sesi: 1
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Tuan Dr Abdul Rani Bin Osman
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Bilakah akan diluluskan?
PEMADAM Negeri Selangor merupakan Badan Bukan Kerajaan (NGO) yang sebelum ini telah menerima peruntukan geran tahunan daripada Kerajaan Negeri bagi kategori Jabatan/ Agensi/ Institusi/ Persatuan Yang Tidak Bermotifkan Keuntungan di bawah Vot B02 (Pelbagai Perkhidmatan).
Pada tahun 2014, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor telah melaksanakan urusan penyaluran peruntukan geran tahunan kepada PEMADAM Negeri Selangor melalui peruntukan di bawah Vot B02 (Pelbagai Perkhidmatan) dengan amaun berjumlah RM100,000.00 (Ringgit Malaysia: Satu Ratus Ribu Sahaja), iaitu pada 10 Februari 2014.
Manakala mulai tahun 2015, tanggungjawab penyelarasan ke atas Vot B02 (Pelbagai Perkhidmatan) telah diletakkan di bawah Pusat Tanggungjawab: Perbendaharaan Negeri Selangor, iaitu di bawah Pegawai Pengawal Y.B. Pegawai Kewangan Negeri Selangor. Sehubungan itu, sebarang pertimbangan dan kelulusan ke atas permohonan peruntukan berkenaan akan diangkat kepada Y.B. Pegawai Kewangan Negeri Selangor kelak.
-
Berapakah jumlahnya?
Mulai tahun 2015, tanggungjawab penyelarasan ke atas Vot B02 (Pelbagai Perkhidmatan) telah diletakkan di bawah Pusat Tanggungjawab: Perbendaharaan Negeri Selangor, iaitu di bawah Pegawai Pengawal Y.B. Pegawai Kewangan Negeri Selangor. Sehubungan itu, sebarang pertimbangan dan kelulusan ke atas permohonan peruntukan berkenaan akan diangkat kepada B. Pegawai Kewangan Negeri Selangor kelak.
Untuk makluman, permohonan akan dipertimbangkan berdasarkan
maklumat-maklumat yang dikemukakan oleh pemohon seperti berikut:
- Laporan Program/ Aktiviti PEMADAM Negeri Selangor Bagi Tempoh Sepanjang Tahun 2014;
- Laporan Perancangan Program/ Aktiviti PEMADAM Negeri Selangor Bagi Tempoh Sepanjang Tahun 2015;
- Laporan Penyata Kewangan Yang Telah Diaudit Berakhir Pada 31 Disember 2014; dan
- Implikasi Kewangan Program/ Aktiviti Tahun
-
Bagaimanakah peruntukan tersebut disalurkan?
Berdasarkan semakan dan penelitian oleh Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor mendapati bahawa setakat ini Kerajaan Negeri belum menerima sebarang permohonan peruntukan geran tahunan daripada PEMADAM Negeri
Untuk makluman, sepertimana tahun-tahun terdahulu sebarang penyaluran akan dilaksanakan melalui akaun bank rasmi PEMADAM Negeri Selangor.