Mesyuarat Pertama (Pembukaan) Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2025
18 Februari - 21 Februari 2025, 24 Februari - 28 Februari 2025 dan 3 Mac 2025
164) PERUNTUKAN PELBAGAI DI BAWAH MENTERI BESAR ADALAH TERBESAR BAGI TAHUN 2025
Tahun: 2025
Sesi: 1
Isu: n/a
Adun: Y.B. Dato' Dr Ahmad Yunus Bin Hairi
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Adakah peruntukan itu akan digunakan bagi perlaksanaan projek yang tidak dapat dilaksanakan dalam RMK12 termasuk pembangunan Madrasah Darul Mujahidin?
Peruntukan di bawah butiran Pelbagai dalam Belanjawan Tahun 2025 sebahagian besarnya telah mempunyai komitmen program / projek khas Kerajaan Negeri. Antaranya adalah Projek Mitigasi Banjir Sungai Klang (SMG), penganjuran Temasya Sukan Malaysia (SUKMA) dan program Khairat Darul Ehsan.
Pembinaan Madrasah Darul Mujahidin atau Institusi Keagamaan Islam adalah di bawah perancangan pihak Jabatan Agama Islam (JAIS) Negeri Selangor dan jika ada keperluan, permohonan boleh dikemukakan dalam persediaan Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK-13) untuk dipertimbangkan.