Mesyuarat Kedua (Bajet) Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2021
26 November 2021, 29 November - 30 November 2021, 1 Disember - 3 Disember 2021 dan 6 Disember - 9 Disember 2021
84) PERUNTUKAN NEGERI MENGATASI BANJIR HULU LANGAT
Tahun: 2021
Sesi: 2
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Edry Faizal Bin Eddy Yusof
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Dari tahun 2018 sehingga 2021, berapakah jumlah yang telah dibelanjakan oleh Kerajaan Negeri untuk mengatasi masalah banjir di DUN Dusun Tua?
Jumlah Perbelanjaan bagi masalah banjir di DUN Dusun Tua dari tahun 2018 sehingga Oktober 2021 adalah sebanyak RM 4,969,647.50
Pecahan kos dan bilangan projek yang telah dilaksanakan mengikut tahun adalah seperti di jadual di bawah.
TAHUN BILANGAN PROJEK KOS (RM)
SKOP UTAMA 2018 21 485,694.00 Penyelenggaraan dan pembersihan sungai 2019 23 1,105,149.50 Penyelenggaraan dan cucigali sungai 2020 43 1,819,620.00 Penyelenggaraan tebing dan pemuliharaan sungai 2021 30 1,559,184.00 Penyelenggaraan tebing dan pemuliharaan sungai -
Apakah projek-projek yang dijalankan?
Senarai projek-projek yang dijalankan adalah seperti di lampiran B.