Mesyuarat Pertama (Pembukaan) Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Yang Keempat Belas Tahun 2022

14 Mac 2022 - 18 Mac 2022 Dan 21 Mac 2022 - 25 Mac 2022 (Isnin - Jumaat, dan Isnin - Jumaat)

85) PERUNTUKAN NAIKTARAF INFRA SUKAN DUN PANDAMARAN

Tahun: 2022

Sesi: 1

Isu: Generasi Muda & Sukan

Adun: Y.B. Tuan Leong Tuck Chee

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Nyatakan status peruntukan naiktaraf infra sukan di DUN Pandamaran yang pernah hantar untuk tahun 2020 dan 2021.

    Berikut adalah projek-projek naiktaraf infra sukan di DUN Pandamaran yang dilaksanakan pada tahun 2020 dan 2021:

     i. Kerja-kerja menambak padang di Lorong Agar – Agar Taman Petaling, Klang Selatan – N47 (B);

    ii. Kerja-kerja membina trek jogging konkrit di Jalan Batu Unjur 6 dan menambak padang di Jalan Batu Unjur 6, 5 dan 3, Klang Selatan – N47 (B);

    iii.Kerja-kerja membaikpulih gelanggan badminton/ speak takraw di Lintang Agar – Agar Taman Petaling, Klang Selatan – N47 (B).

  2. Adakah peruntukan ini akan diteruskan pada tahun 2022?

    Peruntukan ini akan diteruskan pada tahun 2022 bagi membina gelanggang bola keranjang di Padang Lintang Nau, Pelabuhan Klang

Lampiran

Tiada Lampiran.