Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2023
10 November 2023, 14 November - 17 November 2023 & 20 November – 24 November 2023 (Jumaat, Selasa – Jumaat & Isnin - Jumaat)
128) PERUNTUKAN MENAIKTARAF DAN MEMBINA KEMUDAHAN SUKAN BAHARU
Tahun: 2023
Sesi: 2
Isu: Generasi Muda & Sukan
Adun: Y.B. Tuan Ong Chun Wei
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Senaraikan peruntukan-peruntukan untuk kegunaan menaiktaraf serta membina kemudahan sukan baharu.
Bermula tahun 2021, Kerajaan Negeri telah memperuntukkan sebanyak RM2,240,000.00 setahun untuk menaiktaraf, membaikpulih dan membina baru infrastruktur sukan.
Merujuk kepada keputusan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri ke 8/2022 yang diadakan pada 30 Mac 2022 yang telah disahkan oleh MMKN ke 9/2022 pada 6 April 2022, MMKN telah bersetuju memutuskan perkara seperti berikut:
- Projek Menaiktaraf dan Membaikpulih Infrastruktur Sukan sedia ada dengan had maksimum sebanyak RM100,000.00 kecuali melibatkan kos baikpulih padang bolasepak dengan had sehingga RM250,000.00
- Projek Membina Baru Infrastruktur Sukan dengan had maksimum sebanyak RM200,000.00 kecuali melibatkan kos membina baru padang bolasepak dengan had sehingga RM250,000.00
- Projek Menaiktaraf dan Membaikpulih Infrastruktur Sukan di bawah Persatuan Sukan terlibat dengan Kejohanan Sukan Malaysia (SUKMA) berjumlah RM1,000,000.00 dengan syarat kemudahan tersebut juga dibuka kepada orang awam untuk digunakan.