Mesyuarat Pertama (Pembukaan) Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Yang Keempat Belas Tahun 2022
14 Mac 2022 - 18 Mac 2022 Dan 21 Mac 2022 - 25 Mac 2022 (Isnin - Jumaat, dan Isnin - Jumaat)
116) PERUNTUKAN MENAIK TARAF BALAIRAYA MPKK
Tahun: 2022
Sesi: 1
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Mohd Sany Bin Hamzan
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Apakah ada peruntukkan untuk membaiki atau menaik taraf balairaya kampung dibawah kawalan MPKK?
Pembangunan infrastruktur termasuklah di kawasan luar bandar sentiasa diberi keutamaan oleh Kerajaan Negeri dalam belanjawan yang diumumkan pada setiap tahun. Pembangunan infrastruktur ini adalah penting kerana ianya dapat memacu pembangunan sosio ekonomi di kawasan yang berkaitan.
Selaras dengan hasrat tersebut, Kerajaan Negeri menyediakan peruntukan di bawah Vot P01/ 02005 – Kemudahan Awam/ Asas Desa berjumlah Ringgit Malaysia Satu Juta (RM1 juta), bagi tujuan membina baru atau membaikpulih kemudahan awam dan asas desa seperti dewan/ balai raya dan padang permainan, yang dilaksanakan oleh sembilan (9) Pejabat Daerah dan Tanah.
Dalam hal ini, permohonan bagi membina baru/ membaikpulih/ menaiktaraf balai raya MPKK boleh dikemukakan kepada Pejabat Daerah dan Tanah yang berkenaan untuk disemak dan diperakukan sebelum ianya diluluskan oleh Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN). Keutamaan akan diberikan berdasarkan kepada keadaan sebenar di tapak serta keperluan setempat.