Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2020

30 Oktober 2020 - 12 November 2020

66) PERUNTUKAN MEMBAIKI DINDING

Tahun: 2020

Sesi: 3

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Puan Michelle Ng Mei Sze

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Sila nyatakan samada jika JKR tidak melaksanakan kerja pembaikian dinding antara SJK(C) Lick Hung dengan Masjid Abu Bakar di Subang Jaya pada tahun ini, samada peruntukkan yang disalurkan daripada Jabatan Pendidikan Negeri masih akan wujud untuk kerja dilaksanakan pada 2021?

    Tiada peruntukan disalurkan pada tahun 2020 daripada JPNS/ KPM. Peruntukan 2021 perlu merujuk kepada JPNS/ KPM.

  2. Jika tidak, adakah JKR akan segerakan kerja dan siapkan yang sama pada tahun ini?

    Pihak JKR tiada halangan untuk segera meneruskan proses perolehan sekiranya peruntukan disalurkan pada Tahun 2020. Namun begitu, kerja pembaikan ini tidak dapat disiapkan dan tidak dapat dibayar dalam tahun semasa memandangkan penutupan akaun adalah dijangka pada 31 November 2020. Tempoh kerja bagi pembaikan adalah 4-6 bulan sekiranya perolehan sebutharga dilaksanakan.

Lampiran

Tiada Lampiran.