Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2020
13 Julai 2020 - 16 Julai 2020
194) PERUNTUKAN MEMBAIK PULIH JETI
Tahun: 2020
Sesi: 2
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Puan Dr. Daroyah Binti Alwi
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Berapakah jumlah jeti nelayan yang berlesen dan tidak berlesen di seluruh Negeri Selangor mengikut daerah?
Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) ke 7/2020 yang bersidang pada 19 Februari 2020 telah meluluskan Caj Kebenaran Bertulis Pembinaan Jeti Pendaratan Ikan. Selaras dengan keputusan MMKN ini, Luas dalam tindakan untuk mengeluarkan lesen atau kebenaran bertulis selaras dengan Seksyen 43, Enakmen LUAS ke atas jeti nelayan yang telah diluluskan oleh Pihak Berkuasa Negeri sama ada melalui kelulusan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri atau melalui pihak Pejabat Tanah Galian Selangor.
Kebenaran bertulis akan dikeluarkan bagi 86 buah jeti di Bagan Sekinchan yang telah mendapat kelulusan penggunaan tanah melalui MMKN Bil 19/2017 bertarikh 14 Jun 2017 dan 108 buah jeti di Bagan Sungai Besar yang telah mendapat kelulusan penggunaan tanah melalui MMKN Bil 23/2019 bertarikh 14 Ogos 2019.