Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2011
28 Mac hingga 31 Mac 2011 dan 01 April 2011
55) PERUNTUKAN MEMBAIK PULIH JALAN
Tahun: 2011
Sesi: 1
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Mohamed Azmin Bin Ali
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Apakah Kerajaan Negeri bercadang untuk meningkatkan peruntukan membaik pulih jalan-jalan di seluruh Negeri Selangor selain daripada peruntukan MARRIS yang diuruskan oleh PBT, memandangkan jumlah aduan yang diterima berhubung penyelenggaraan jalan-jalan semakin meningkat.
- Kerajaan Negeri menyedari bahawa peruntukan ini tidak mencukupi bagi menampung semua keperluan bagi menyediakan infrastuktur jalan yang sempurna. Keputusan sama ada Kerajaan Negeri akan menambah peruntukan tersebut berdasarkan kepada keperluan semasa dengan mengambil kira juga keperluan pembangunan negeri dan keperluan perbelanjaan
Perincian peruntukan bagi penyelenggaraan jalan raya kepada JKR untuk setiap tahun adalah seperti di bawah:
PEMBERIAN PERUNTUKAN (RM)
2009 2010 2011 219,110,799.29 109,365,502.00 161,865,522.00 - Nota:
Pada tahun 2010 peruntukan kepada JKR telah ditambah sebanyak RM15 juta bagi menampung pembayaran kepada HCM yang peruntukannya tidak mencukupi pada tahun tersebut.