Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019

18 Mac 2019 - 25 Mac 2019

15) PERUNTUKAN MASJID

Tahun: 2019

Sesi: 1

Isu: Hal Ehwal Islam

Adun: Y.B. Tuan Edry Faizal Bin Eddy Yusof

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Mengapa peruntukan/elaun imam masjid-masjid institusi di bawah pengurusan negeri dihentikan?

    Pihak JAKIM telah menyelaraskan pemberian elaun bulanan Imam 1 dan 2 di setiap negeri dengan pemberian imbuhan bulanan sebanyak RM 850.00 yang hanya diberikan kepada imam masjid kariah sahaja mengikut Garis Panduan Pembayaran Imbuhan Imam JAKIM Tahun 2011.
    Pada masa ini, elaun imam tidak diberikan kepada masjid-masjid institusi kerana terdapat pelantikan daripada pihak institusi bagi mentadbir masjid di bawah seliaan mereka.
    Selaras dengan itu juga, pihak kerajaan negeri Selangor pada tahun 2015 dan 2016 telah meluluskan sumbangan tambahan kepada imam-imam masjid kariah negeri Selangor yang berjumlah RM 450.00.
    Setakat ini belum ada apa-apa kelulusan bagi pemberian elaun bulanan kepada imam-imam di masjid institusi, namun begitu perkara ini akan diberi perhatian dan perbincangan sedang dilaksanakan bersama pihak JAKIM bagi menyelaraskan perkara tersebut.
    Sebanyak 17 buah Masjid Institusi di Negeri Selangor seperti di lampiran.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.