Mesyuarat Pertama Penggal Keenam Dewan Negeri Selangor Tahun 2018

26 Mac 2018 hingga 28 Mac 2018

154) PERUNTUKAN MARRIS UNTUK SEMUA JENIS JALAN DI DUN SELAT KLANG

Tahun: 2018

Sesi: 1

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Puan Dr Hajah Halimah Binti Ali

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Perincikan semua jenis jalan yang telah didaftar di bawah MARRIS.

    Sebagai makluman, rekod pendaftaran jalan ke dalam Sistem MARRIS Online yang dibangunkan oleh Kementerian Kewangan (MOF) tidak direka bentuk bagi merekodkan data jalan mengikut kawasan Dewan Negeri. Sehubungan itu, tiada maklumat dapat dijana bagi mengenal pasti panjang setiap jenis jalan yang telah didaftarkan di kawasan Dewan Negeri Selat

    Sungguhpun begitu, rekod setakat 19 Mac 2018 menunjukkan terdapat sejumlah 2,084.62 km jalan di dalam Daerah Klang telah pun didaftarkan ke dalam Sistem MARRIS Online. Pecahan jenis jalan yang dimaksudkan adalah seperti berikut:-

    Jadual

     Statistik Panjang Jalan Negeri Dalam Daerah Klang Yang Didaftarkan Ke Dalam Sistem MARRIS Online

    (Setakat 19 Mac 2018)

    BIL. JENIS JALAN PANJANG (KM) PERATUS (%)
    1. Jalan Raya Negeri (JRN) 487.29 23.38%
    2. Jalan Raya Bandaran (JRB) 293.45 14.08%
    3. Perbatuan Lorong Belakang (PLB) 224.47 10.77%

     

    BIL. JENIS JALAN PANJANG (KM) PERATUS (%)
    4. Jalan Perumahan Kos Murah (JPKR) 899.87 43.17%
    5. Jalan Raya Kampung (JPKG) 176.78 8.48%
    6. Jalan Raya Pertanian (JPTN) 2.76 0.13%
    JUMLAH BESAR (KM) 2,084.62 100.0%

    Sebagai makluman, Kerajaan Negeri telah selesai melaksanakan Projek Cerapan Jalan Kampung dengan kerjasama syarikat Selia Selenggara Sdn. Bhd. Berdasarkan dapatan daripada projek cerapan tersebut, terdapat kira-kira 1,101.60 km Jalan Kampung di seluruh Negeri Selangor didapati berada di atas tanah individu/persendirian. Daripada rekod tersebut, sejumlah 424 batang jalan dengan panjang direkodkan 84.71 km berada di dalam kawasan Dewan Negeri Selat Kelang. Kerajaan Negeri ingin menegaskan bahawa Jalan Kampung di atas tanah persendirian ini tidak akan dipinggirkan dan akan disenggarakan mengguna pakai peruntukan MARRIS dengan syarat mendapat surat izin lalu daripada pemilik tanah berkepentingan.

  2. Berapakah peruntukan untuk penyelenggaraan jalan-jalan tersebut mengikut tahun sejak 2008?

    Kerajaan Negeri telah mengagihkan peruntukan berjumlah kira-kira RM 24,246,018.40 bagi membiayai penyelenggaraan Jalan Negeri di kawasan Dewan Negeri Selat Kelang sejak tahun 2008 hingga 2018. Peruntukan ini disalurkan menerusi Majlis Perbandaran Klang (MPK), Pejabat Daerah / Tanah (PDT) dan Jabatan Kerja Raya (JKR) yang terlibat selaku agensi pelaksana bagi menyenggara jalan-jalan di kawasan Dewan Negeri Selat Kelang mengikut keperluan di

    LAMPIRAN A

    Peruntukan Menyenggara Jalan Negeri di Kawasan Dewan Negeri Selat Kelang (Tahun 2008 – 2018)

     

     

    Bil.

     

     

    Tahun

    MPK*

     

    (Selat Kelang)

    (RM)

     

    MPK – Pjg

    Jalan (Selat Kelang)

     

    PDT

    Klang

     

     

    JKR Selangor

    1 2008 0 0 0.00 0.00
    2 2009 0 0 0.00 0.00
    3 2010 0 0 0.00 0.00
    4 2011 1,000,000.00 0.00 0.00 0.00
    5 2012 2,000,000.00 0.00 0.00 0.00
    6 2013 3,000,000.00 0.00 169,617.00 0.00
    7 2014 3,000,000.00 391,000.00 48,566.56 0.00
    8 2015 3,000,000.00 238,203.20 0.00 0.00
    9 2016 3,000,000.00 312,347.92 0.00 0.00
    10 2017 3,000,000.00 0.00 218,183.56 0.00
    11 2018 3,000,000.00 353,890.00 214,211.16 1,299,999.00
    JUMLAH (RM) 21,000,000.00 1,295,441.12 650,578.28 1,299,999.00
    JUMLAH KESELURUHAN (RM) 24,246,018.40

     

    Nota:

    1. * RM 3 juta setahun peruntukan bagi Kawasan Dewan Negeri mulai tahun 2013-2018 (kini).
    2. Nilai bagi tahun 2018 merujuk kepada nilai projek yang

Lampiran

Tiada Lampiran.