Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024

232) PERUNTUKAN MARRIS UNTUK MPKJ

Tahun: 2024

Sesi: 1

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Mohd Shafie Bin Ngah

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Banyak manakah peruntukan MARRIS disalurkan kepada MPKj bagi tahun 2018, 2019, 2020, 2021, 2022 dan 2023?

    TAHUN JUMLAH (RM)
    2018 29,863,299.03
    2019 29,759,739.77
    2020 29,015,849.08
    2021 26,547,735.18
    2022 26,284,055.13
    2023 23,021,802.55
  2. Apakah MPKj membelanjakan semuanya pada setiap tahun berkenaan?

    Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) telah membelanjakan keseluruhan peruntukan MARRIS yang telah disalurkan kepada MPKj mengikut saluran yang telah ditetapkan.

  3. Mohon nyatakan jalan-jalan yang tidak dapat dibaikpulih atas sebab peruntukan MARRIS ke MPKj tidak mencukupi.

    Setakat ini pihak Majlis membaik pulih jalan di taman-taman perumahan mengikut keutamaan berdasarkan kadar kerosakan.

Lampiran

Tiada Lampiran.