Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014

24 November - 28 November 2014 dan 01 Disember - 05 Disember 2014

224) PERUNTUKAN MARRIS UNTUK 2014

Tahun: 2014

Sesi: 3

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Puan Yeo Bee Yin

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Berapakah jumlah peruntukan MARRIS yang diterima oleh kerajaan negeri untuk tahun 2014?

    1. Jumlah peruntukan MARRIS yang diterima bagi tahun 2014 sehingga 30 November 2014 adalah berjumlah RM475,620,745.75 dan perincian terimaan peruntukan adalah seperti berikut:

     

     

    BULAN JUMLAH TERIMAAN PERUNTUKAN MARRIS (RM)
    Januari 41,502,833.00
    Februari 41,502,833.00
    Mac 41,502,833.00
    April 41,502,833.00
    Mei 41,502,833.00
    Jun 41,502,833.00
    Julai 41,502,833.00
    Ogos 41,502,833.00
    September 47,866,027.25

     

    BULAN JUMLAH TERIMAAN PERUNTUKAN MARRIS (RM)
    Oktober 47,866,027.25
    November 47,866,027.25
    JUMLAH 475,620,745.75
  2. Berapakah yang telah dibelanja untuk kerja penyelenggaraan dari Januari 2014 sehingga sekarang?

    1. Berikut merupakan jumlah perbelanjaan untuk kerja penyelenggaraan dari Januari 2014 sehingga 7 November 2014 :-

     

    Bil Agensi Jumlah Peruntuk an (RM) Jumlah Perbelanjaa

    n (RM)

    Peratus

    Perbela njaan (%)

    1 Pihak Berkuasa

    Tempatan (PBT)

    384,142,110.97 271,145,701.52 70.95%
    2 Pejabat Daerah dan Tanah (PDT) 11,800,000.00 3,705,451.08 31.40%
    3 Jabatan Kerja Raya Negeri Selangor (JKR) 156,000,000.00 53,465,021.78 34.27%
    4 Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Selangor (JPS) 4,000,000.00 2,129,151.50 53.23%
    Jumlah Keseluruhan 555,942,110.97 330,445,325.88  
  3. Apakah peratus perbelanjaan? Sila jelaskan prestasi perbelanjaan tersebut

    Rekod perbelanjaan di atas adalah berdasarkan tuntutan jabatan / agensi yang dikemukakan bersama-sama salinan Surat Setuju Terima (SST). Pada asasnya, kesemua agensi pelaksana telah melaksanakan proses perolehan di jabatan masing-masing mengikut siling peruntukan yang telah diluluskan.

    Justeru, tuntutan dijangka dibuat secara berterusan sehingga hujung tahun 2014. Prestasi tuntutan yang lemah oleh Jabatan Kerja Raya Selangor (JKR) disebabkan oleh proses pengukuran semula kuantiti akhir di tapak. Dalam masa sama, prestasi perbelanjaan juga dipengaruhi oleh dasar perolehan semasa iaitu harga terendah setelah melepasi penilaian teknikal yang mana kebiasaannya mewujudkan penjimatan peruntukan pada kadar 20% hingga 30%.

    Agensi pelaksana perlu mengemukakan semula senarai projek dan mendapatkan kelulusan Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal serta Mesyuarat Jawatankuasa Pentadbir MARRIS bagi menggunakan baki penjimatan tersebut.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.