Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014
24 November - 28 November 2014 dan 01 Disember - 05 Disember 2014
134) PERUNTUKAN MARRIS DAN SYARIKAT KONSESI KPS-HCM SDN BHD
Tahun: 2014
Sesi: 3
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Puan Yeo Bee Yin
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah peranan syarikat konsesi KPS-HCM Sdn Bhd dalam kerja penyelenggaraan jalan di Selangor?
Peranan syarikat konsesi KPS-HCM Sdn Bhd dalam kerja penyelenggaraan jalan di Selangor adalah berdasarkan 3 skop kerja utama dalam kontrak iaitu;
- Penyenggaraan kerja-kerja rutin
- Penyenggaraan kerja-kerja berkala
- Penyenggaraan kerja-kerja kecemasan
-
Adakah tender terbuka diadakan semasa menganugerahkan kontrak tahunan yang berjumlah RM35 juta ini kepada KPS-HCM?
Tidak ada tender terbuka diadakan.
-
Bagaimanakah pembayaran RM35 juta ini dibuat? Adakah ia berdasarkan prestasi?
Pembayaran dibuat berdasarkan kerja yang telah dilaksanakan seperti berikut ;
- Penyenggaraan Kerja-kerja Rutin
- Mengikut pusingan kerja yang telah ditetapkan dalam kontrak berdasarkan 4 kategori jalan iaitu Jalan Protokol, Jalan Primary,
Jalan Secondary dan Jalan Minor
- Penyenggaraan Kerja-kerja Berkala
- Mengikut Arahan Kerja (AK) daripada Jurutera Daerah JKR yang berkenaan.
- Penyenggaraan Kerja-kerja Kecemasan
- Mengikut Arahan Kerja (AK) daripada Jurutera JKR Daerah yang berkenaan.
- Penyenggaraan Kerja-kerja Rutin