Mesyuarat Pertama (Pembukaan) Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Yang Keempat Belas Tahun 2022

14 Mac 2022 - 18 Mac 2022 Dan 21 Mac 2022 - 25 Mac 2022 (Isnin - Jumaat, dan Isnin - Jumaat)

124) PERUNTUKAN MARRIS DAERAH KUALA SELANGOR

Tahun: 2022

Sesi: 1

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Nyatakan jumlah wang MARRIS yang diterima dan telah dibelanjakan dari 2019-2021?

    Peruntukan MARRIS yang diterima oleh Pejabat Daerah/Tanah Kuala Selangor adalah berjumlah lebih kurang RM 5 juta setahun. Pecahan terimaan peruntukan dan jumlah perbelanjaan bagi Tahun 2019-2021 adalah seperti dalam jadual yang berikut:

     Tahun

    Jumlah Peruntukan Jumlah Belanja

    2019

    RM 5,070,701.43 RM 5,039,547.65

    2020

    RM 5,382,351.44

    RM 5,364,763.80

    2021 RM 4,806,178.67

    RM 4,243,854.06

  2. Senaraikan projek-projek yang telah diselenggara menggunakan wang MARRIS 2021?

    Sebanyak 49 projek MARRIS telah dilaksanakan sepanjang Tahun 2021. Pecahan bagi projek untuk setiap mukim adalah seperti berikut:

    MUKIM

    JUMLAH PROJEK MARRIS

    Tanjung Karang II

    3

    Ujong Permatang

    5

    Jeram

    15

    Api-Api/Ijok

    13

    Bestari Jaya/Hulu Tinggi

    4

    Pasangan

    4

    Tanjung Karang I

    5

    Jumlah

    49