Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2021

23 Ogos 2021 hingga 27 Ogos 2021, 30 Ogos 2021, 1 September 2021 hingga 3 September 2021 dan 6 September 2021

125) PERUNTUKAN MARRIS BAWAH PTD DAN JPS

Tahun: 2021

Sesi: 1

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Tuan Mohd Fakhrulrazi Bin Mohd Mokhtar

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah projek MARRIS di bawah PTD Klang dan JPS Klang yang telah dilaksanakan di DUN Meru?

    Projek MARRIS di bawah Pejabat Daerah/Tanah Klang untuk DUN Meru tahun 2021 adalah seperti berikut:

    Kerja-kerja yang telah dilaksanakan pada tahun 2018 sehingga tahun 2020 menggunakan peruntukan MARRIS di DUN Meru adalah seperti di Lampiran

  2. Berapakah peruntukan tahunan MARRIS bawah PTD Klang dan JPS Klang?

    Peruntukan MARRIS untuk Daerah Klang pada Tahun 2021 ialah RM4,874,642.65.

    JABATAN PENGAIRAN DAN SALIRAN NEGERI SELANGOR

    a) Skop projek MARRIS dibawah JPS hanya melibatkan penyelenggaraan dan menaiktaraf jalan pertanian. Manakala skop penurapan atau penyelenggaraan jalan “premix” sebagai jalan penghubung di kawasan perbandaran adalah tidak dibenarkan di bawah skop JPS. Sehingga kini, tiada projek MARRIS dilaksanakan di DUN Meru.

    b) Peruntukkan Tahunan MARRIS JPS Klang dari tahun 2019 hingga 2021 adalah seperti berikut :

    Tahun 2019 = RM571,875.00
    Tahun 2020 = RM687,900.00
    Tahun 2021 = RM459,450.00

Lampiran

Tiada Lampiran.