Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017
3 November 2017, 06 November hingga 10 November 2017 dan 13 November hingga 16 November 2017
261) PERUNTUKAN MARRIS
Tahun: 2017
Sesi: 3
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Datuk Abdul Shukur Bin Idrus
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Nyatakan statistik peruntukan wang MARRIS yang telah diterima dan dibelanjakan dari 2014-2017?
Statistik peruntukan wang MARRIS yang telah diterima dan dibelanjakan dari tahun 2014 hingga 2017 ditunjukkan seperti jadual berikut:-
Jadual 1:
Geran Pemberian Penyelenggaraan Jalan Raya Negeri (MARRIS) Tahun 2014 – 2017 Tahun Terimaan (RM) Perbelanjaan (RM) 2014 523,486,773.00 382,080,424.48 2015 468,774,527.00 770,845,072.69 2016 496,900,988.23 615,277,811.27 2017* 420,332,211.78 436,210,745.02 JUMLAH 1,909,494,500.01 2,204,414,053.46 Nota :
- Data 2017 adalah sehingga 15 Oktober
- Perbelanjaan melebihi terimaan adalah ditampung menerusi baki terkumpul Kumpulan Wang Amanah MARRIS Negeri Selangor pada tahun
- Data perbelanjaan merujuk kepada bayaran yang dicaj kepada Tabung Amanah MARRIS pada tahun
- Terdapat bayaran kerja tahun 2014 yang dibuat bayaran pada tahun
-
Bagaimanakah Kerajaan Negeri memastikan wang MARRIS digunakan mengikut panduan yang ditetapkan?
Seperti sedia maklum, peruntukan MARRIS adalah dikhususkan bagi tujuan penyelenggaraan Jalan Negeri sahaja. Sehubungan dengan itu, Kerajaan Negeri menerusi Perbendaharaan Negeri sentiasa memastikan wang MARRIS adalah digunakan mengikut garis panduan yang ditetapkan oleh Kementerian Kewangan (MOF) sahaja dengan melaksanakan langkah-langkah proaktif seperti berikut:-
- Melaksanakan taklimat berhubung Garis Panduan Tatacara Pengurusan Pemberian Penyelenggaraan Jalan Negeri (MARRIS) untuk memberi pendedahan kepada agensi pelaksana;
- Syarat pematuhan kepada Garis Panduan MARRIS dinyatakan dalam Surat Kelulusan Berbelanja sebagai ingatan kepada agensi pelaksana. Bermula pada tahun 2017, Perbendaharaan Negeri telah melaksanakan kaedah Self-Regulate di kalangan agensi pelaksana iaitu kawalan secara kendiri dalam pematuhan kepada skop MARRIS;
- Menyemak dan meluluskan projek yang dirancang oleh agensi pelaksana menerusi data yang dikunci masuk ke dalam Sistem Pengurusan & Pemantauan Projek MARRIS atau juga disebut Sistem SMART MARRIS. Mana-mana projek yang dirancang dengan skop yang tidak dibenarkan seperti misalnya melibatkan kerja menaiktaraf akan ditolak;
- Menyalurkan peruntukan kepada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) khusus bagi tajuk projek yang mematuhi skop dan garis panduan MARRIS sahaja; dan
- Baucer-baucer bayaran projek MARRIS bagi agensi yang menerima jurnal pukal seperti Jabatan Kerja Raya (JKR) Negeri Selangor, Jabatan Pengairan & Saliran (JPS) Selangor dan Pejabat Daerah / Tanah (PDT) hanya akan diluluskan jika mematuhi skop dan garis panduan yang telah ditetapkan