Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017

24 Julai 2017 hingga 28 Julai 2017 dan 31 Julai 2017 hingga 04 Ogos 2017

135) PERUNTUKAN MARRIS

Tahun: 2017

Sesi: 1

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Datuk Seri Dr. Wan Azizah Binti Wan Ismail

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah keutamaan penggunaan peruntukan MARRIS dan penilaian prestasi di PBT?

    Kerajaan Negeri ingin memaklumkan bahawa keutamaan Kerajaan Negeri  pada ketika ini berhubung penggunaan peruntukan MARRIS adalah matlamat untuk memastikan kualiti turapan jalan-jalan Negeri serta  mutu penyelenggaraan semua elemen yang bersangkutan dengannya adalah sentiasa pada tahap yang baik dan memuaskan. Dalam usaha mencapai matlamat ini, kesemua agensi pelaksana termasuk Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) telah diberikan Key Performance Indikator (KPI) iaitu mencapai prestasi perbelanjaan sekurang-kurangnya 85% daripada Siling Peruntukan Tahunan yang telah diluluskan pada tanggal 30 September setiap

  2. Adakah terdapat tunggakan peruntukan MARRIS daripada Persekutuan?

    Berdasarkan rekod Perbendaharaan Negeri Selangor, tiada rekod tunggakan bayaran peruntukan Geran MARRIS daripada Kerajaan Persekutuan setelah mengambil kira fakta bahawa pemberian Geran MARRIS ini adalah satu pemberian yang perlu dibuat oleh Kerajaan Persekutuan kepada Negeri  selaras dengan Perkara 109 (1) (b), Perlembagaan

  3. Adakah terdapat peruntukan MARRIS untuk setiap DUN dan PBT bagi tahun 2016 yang tidak habis digunakan?

    Berdasarkan rekod Perbendaharaan Negeri pada tahun 2016, terdapat beberapa Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan Pejabat Daerah/Tanah (PDT) yang tidak dapat membelanjakan sepenuhnya peruntukan MARRIS tahun semasa berikutan wujud penjimatan selepas proses perolehan secara sebut harga dan tender. Senarai PBT dan PDT tersebut adalah seperti di Lampiran  A dan B

    LAMPIRAN A

    Prestasi Perbelanjaan MARRIS Di Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Negeri Selangor Bagi Tahun 2016.

     

    BIL

     

    Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)

    Siling Asal (RM) Siling Tambahan

    (RM)

    Siling Kemaskini

    (RM)

    Perbelanjaan (RM)

    (d)

    Baki (RM) Peratus Baki (%)
    (a) (b) c=(a+b) e=(c-d)
    1 Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) 41,245,381.79 8,039,829.35 49,285,211.14 49,285,211.14 0.00 0%
    2 Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) 39,823,089.50 6,232,284.21 46,055,373.71 46,744,290.61 -688,916.90 -1%
    3 Majlis Perbandaran Klang (MPK) 72,884,838.40 8,227,891.28 81,112,729.68 81,109,774.73 2,954.95 0%
    4 Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) 31,710,671.74 11,536,278.02 43,246,949.76 41,935,500.55 1,311,449.21 3%
    5 Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) 55,932,270.39 12,398,328.68 68,330,599.07 68,218,998.67 111,600.40 0%
    6 Majlis Perbandaran Selayang (MPS) 29,788,579.62 23,169,786.41 52,958,366.03 46,412,202.83 6,546,163.20 12%
    7 Majlis Perbandaran Sepang (MPSp) 29,781,219.87 2,082,830.71 31,864,050.58 30,209,138.63 1,654,911.95 5%
    8 Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) 30,316,733.93 6,975,056.75 37,291,790.68 36,937,096.42 354,694.26 1%
    9 Majlis Daerah Kuala Langat (MDKL) 12,064,969.47 1,921,829.08 13,986,798.55 11,499,334.37 2,487,464.18 18%
    10 Majlis Daerah Hulu Selangor (MDHS) 17,257,035.31 3,817,054.26 21,074,089.57 18,490,141.66 2,583,947.91 12%
    11 Majlis Daerah Sabak Bernam (MDSB) 14,410,813.89 1,077,521.49 15,488,335.38 13,903,853.63 1,584,481.75 10%
    12 Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS) 16,784,396.09 1,151,312.55 17,935,708.64 17,813,917.58 121,791.06 1%
    Jumlah Keseluruhan 392,000,000.00 86,630,002.79 478,630,002.79 462,559,460.82 16,070,541.97 3%

     

    Nota :

    • Lebihan perbelanjaan di MBSA ditampung menggunakan Siling Peruntukan Tahun 2017

    Prestasi Perbelanjaan MARRIS Di Pejabat Daerah dan Tanah (PDT) Negeri Selangor Bagi Tahun 2016.

    Pejabat Daerah dan

    Tanah (PDT)

    Siling Asal (RM) Siling Tambahan

    (RM)

    Perbelanjaan

    (RM)

    Baki (RM) Peratus (%)
    Gombak 1,111,111.11 0.00 1,030,751.13 80,359.98 7%
    Sabak Bernam 1,111,111.11 980,566.60 1,763,246.21 328,431.50 16%
    Kuala Selangor 1,111,111.11 0.00 922,334.76 188,776.35 17%
    Sepang 1,111,111.11 0.00 1,018,063.31 93,047.80 8%
    Klang 1,111,111.11 0.00 1,044,574.25 66,536.86 6%
    Hulu Langat 1,111,111.11 0.00 1,057,828.31 53,282.80 5%
    Petaling 1,111,111.11 0.00 832,734.81 278,376.30 25%
    Kuala Langat 1,111,111.11 0.00 1,008,922.02 102,189.00 9%
    Hulu Selangor 1,111,111.11 0.00 834,817.33 276,293.78 25%
    Jumlah Keseluruhan 10,000,000.00 980,566.60 9,513,272.13 1,467,294.46 13%

     

    LAMPIRAN C 

    SKOP PENYELENGGARAAN YANGDIBENARKAN DALAMGARIS PANDUAN MARRIS

    1. KATEGORIPENYENGGARAAN JALAN NEGERI

    Penyenggaraan jalan negeri terbahagikepada empat  (4) kategori utama seperti berikut:

    • Ponyonggaran Rutin (Borjadual)
    • Kea-kea     penyenggaraan rutin    adalah   kerja   penyenggaraan   yang dijalankan rrengikut tempoh masa yang telahditetapkan, contohnya:
    • Penyanggaraan pavemen (tampa! jalan). ( i) Penyenggaraan bahu jalan.
    • Kerja-kerja pemotongan rumpuVIanskap.
    • Penyenggaraan perabot jalan.
    • Penyenggaraan pembetung dan jambatan.
    • Pembersihan longkang tepijalan.
    • Penyenggaraan cerun (semula jadidan buatan manusia).
    • Penyenggaraan jejambaVjejantas.
    • Penyenggaraan ter
      • Penyenggaraan Berkala

     

    Kerja-kerja    yang    memerlukan   pemeriksaan   dan   penilaian   sebelum dilaksanakan, oontohnya:

    • Menyenggara pavemen (menurap semula jalan)  (ii)          Menggantiperabot jal
    • Mengecat jalan.
    • Mengganti salir
    • Membaikicerun (alas dan bawah).
    • Membaiki  jambatan   dan      pembetung    yang    menghubungkan jalan.
    • Menyenggara pokok-pokok di bahu jalan.
    • Menyenggara persimpangan jalan.
    • Ujian ketahanan jal
    • Menyenggara lampu jalan dan lampuisyara
    • Penyenggaraan Kecemasan
    • Ke-kea luar jangka yang memerlukan tindakan segera, contohnya: (i)            Pokok tumbang.
    • Tanahlcerunltembok penahan runtuh.
    • Jalan menc!ap.
    • Kegagalan bent
    • Pembelung dan perparitan runtuh.
    • Banji

     

     

     

     

     

     

    • Tumpahan bahan-bahan kimia,  foksik,  bahan  konkrit  atau lain-lain  kerja  yang  melibatkan  keselamatan  pengguna   jalan rata yang lerancam secara

    Bags    Ombaikan yang melibatkan ksruntuhan struktur selain keruntuhan

    cerun, pembaikan hanya menyediakan laluan sementara 11,4 Penyenggaraan Pence9ahan Tpreventive)

    Ke#a-k=.qa tindakan awal yang perlu dilaksanakan bagi mengekalkan fungsi asal elemen jalan sedia ada yang mana kelewatan rnengambil tindakan tersebut boleh menyebabkan implikasi kewangan yang tinggi dan boleh membahayakan keselama\an pengguna jalan raya.

    • Kajian
    • Wji8n K61ahanan

    ( iii} Wjiarj Lalu Lintas.

Lampiran

Tiada Lampiran.