Mesyuarat Pertama Penggal Keenam Dewan Negeri Selangor Tahun 2018

26 Mac 2018 hingga 28 Mac 2018

169) PERUNTUKAN MARRIS

Tahun: 2018

Sesi: 1

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Datuk Abdul Shukur Bin Idrus

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Nyatakan jumlah keseluruhan wang MARRIS yang diterima pada 2017.

    Untuk makluman, jumlah keseluruhan pemberian MARRIS yang disalurkan oleh Kerajaan Persekutuan kepada Kerajaan Negeri bagi tahun 2017 adalah sebanyak RM511,808,029.04.

  2. Nyatakan jumlah pecahan pemberian MARRIS mengikut jabatan pada 2017.

    1. Pecahan pemberian MARRIS mengikut jabatan atau agensi pelaksana pada tahun 2017 ditunjukkan seperti jadual berikut:-

     

    Jadual

    Komposisi Agihan Siling Peruntukan MARRIS Tahun 2017

     

     

    BIL.

     

    AGENSI PELAKSANA

    SILING MARRIS 2017
    Dikemaskini (RM) (%)
    1. JKR Selangor 196,000,000.00 28.20
    2. JPS Selangor 4,000,000.00 0.58
    3. PBT Selangor 467,271,868.62 67.24
    4. PDT Selangor 27,696,557.00 3.99
    JUMLAH (RM) 694,968,425.62 100.00
  3. Nyatakan prestasi perbelanjaan MARRIS pada 2017.

    Rekod menunjukkan jumlah perbelanjaan MARRIS pada tahun 2017 ialah RM663,628,906.03 atau 96% dari Siling MARRIS Tahun 2017 (Dikemaskini). Beza/ kurangan berbanding jumlah terimaan dari Kerajaan Persekutuan adalah ditampung menerusi baki Kumpulan Wang Amanah MARRIS tahun terdahulu.

Lampiran

Tiada Lampiran.