Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024
15 November 2024, 18-22 November 2024, 25-28 November 2024
38) PERUNTUKAN MARRIS
Tahun: 2024
Sesi: 3
Isu: n/a
Adun: Y.B. Tuan Chua Wei Kiat
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Bagaimana untuk menentukan agihan peruntukan untuk peruntukan MARRIS untuk setiap DUN?
Soalan (a) dan (b) dijawab bersekali.
Pemberian Penyenggaraan Jalan Negeri merupakan ketetapan di bawah Peruntukan Perkara 109(1)(b), Perlembagaan Persekutuan yang bertujuan membantu Kerajaan Negeri menyenggara jalan negeri di negeri masing-masing. Asas pemberian adalah dikira berdasarkan Peruntukan Bahagian 2 Jadual Kesepuluh Perlembagaan Persekutuan. Peruntukan Pemberian Penyenggaraan Jalan Negeri disediakan di bawah Vot Tanggungan Kementerian Kewangan dan diagihkan kepada Kerajaan Negeri berdasarkan panjang jalan negeri yang berdaftar dan telah diperakukan oleh JKR selaras dengan Peruntukan Bahagian 2 Jadual Kesepuluh Perlembagaan Persekutuan.
Buat masa ini, agihan peruntukan MARRIS untuk setiap DUN ditetapkan sebanyak RM3juta bagi setiap DUN yang telah dimasuk kira dalam penetapan siling peruntukan MARRIS PBT tanpa mengambil kira panjang jumlah panjang jalan berdaftar DUN berkenaan. Namun demikian, mekanisme ini sedang diteliti semula bagi memastikan agihan peruntukan adalah selaras dengan ketetapan di dalam Perlembagaan Persekutuan yang berkenaan.
Berkaitan dengan kerja-kerja naik taraf menggunakan peruntukan MARRIS, Pekeliling Perbendaharaan PB 3.6 – Garis Panduan Peruntukan Penyenggaraan Jalan Negeri (MARRIS) 4.0 perenggan 7.1 telah menjelaskan bahawa semua peruntukan yang diluluskan oleh Kerajaan Persekutuan bagi tujuan penyenggaraan jalan negeri mestilah digunakan bagi tujuan aktiviti penyenggaraan jalan yang dijelaskan di dalam Perlembagaan Persekutuan dan kategori penyenggaraan jalan negeri seperti di perenggan 11 Garis Panduan ini.
-
Adakah peruntukan MARRIS dibenarkan untuk tujuan kerja-kerja naiktaraf?