Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024
04 Julai - 05 Julai 2024, 09 Julai - 12 Julai 2024 & 15 Julai - 18 Julai 2024 (Khamis - Jumaat, Selasa - Jumaat & Isnin - Khamis)
321) PERUNTUKAN MARRIS
Tahun: 2024
Sesi: 2
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Datuk Abdul Rashid Bin Asari
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Apakah status peruntukan MARRIS bagi kawasan DUN Selat Klang?
JKR
Status perancangan peruntukan MARRIS Tahun 2024 di bawah seliaan JKR Daerah Klang melibatkan Dun Selat Klang adalah sebanyak 2 tajuk kerja berjumlah RM 213,000.00. Jalan yang terlibat adalah melibatkan Jalan Sri Perantau dan Jalan Haji Abdul Aziz.
MBDK
Peruntukan MARRIS tahun 2024 bagi kawasan DUN Selat Klang adalah sebanyak RM3 juta. Majlis Bandaraya Diraja Klag telah mencadangkan 3 projek menurap semula jalan berdasarkan jalan-jalan yang diterima daripada penyelaras DUN. Ketiga-tiga kerja tersebut telah diiklankan dan tarikh tutup ialah pada 21/05/2024. Kontraktor akan dilantik di dalam masa terdekat.
PDT KLANG
Siling peruntukan MARRIS tahun 2024 di bawah Pejabat Daerah dan Tanah (PDT) Klang adalah sebanyak RM4,367, ,500.00. PDT klang telah menyenaraikan 21 projek keutamaan untuk dilaksanakan pada tahun ini dan baru menerima peruntukan Fasa L sebanyak RM1. 267 ,578.32. Empat (4) daripada 21 projek tersebut adalah di kawasan DUN Selat Kelang dengan SO% sebanyak RM814,213.60. Dua (3) daripada 4 projek berkenaan telah selesai diiklankan dan akan dibawa ke Jawatankuasa Perolehan Sebutharga pada L Julai 2024, manakala baki 2 projek lagi akan dilaksanakan setelah peruntukan Fasa 2 diterima oleh Pejabat Daerah. Dua (2) projek yang akan dilaksanakan pada Fasa 1 adalah seperti berikut:-
Bil Tajuk Projek Anggaran Panjang Jalan Pembaikan (m) Anggaran Kos (RM) 1 Kerja-kerja membaikpulih dan menurap semula Jalan di Jalan Hassan, Lot 6552, Lot 14492, Lot 14493, Lot 14496, Lot 14498, Lorong Ibrahim dan Jalan Benteng, kampung Sungai Udang, Klang 1,830.00
322,698.80
2 Kerja-kerja membaikpulih dan menurap semula Jalan di Lorong Lot 2537, 598 dan Lot 12369 (36337 & 38), Kampung Teluk Gadong, Klang 436.00
99,256.00
JUMLAH
421,954.80