Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024

54) PERUNTUKAN MARRIS

Tahun: 2024

Sesi: 1

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Tuan Mohd Kamri Bin Kamaruddin

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Berapakah peruntukkan MARRIS yang digunakan di DUN Bukit Antarabangsa dari Tahun 2018 sehingga 2023? Mohon perincian.

    Bagi tahun dari 2018 hingga 2023, peruntukan MARRIS di DUN Bukit Antarabangsa adalah seperti berikut:-

     

    Tahun Agensi Pelaksana Jumlah Perbelanjaan (RM)
    2018 MPAJ 1,380,451.60
    2019 MPAJ 2,170,141.13
    2020 MPAJ 1,748,674.55
    2021 MPAJ 5,858,924.85
    2022 MPAJ 2,303,382.44
    2023 MPAJ   796,853.00
  2. Adakah Kerajaan Negeri bercadang untuk meningkatkan peruntukan MARRIS dan memperluaskan skop kerja-kerja MARRIS?

    Pemberian Penyenggaraan Jalan Negeri merupakan ketetapan di bawah Peruntukan Perkara 109(1)(b), Perlembagaan Persekutuan yang bertujuan membantu Kerajaan Negeri menyenggara jalan negeri di negeri masing-masing. Asas pemberian adalah dikira berdasarkan Peruntukan Bahagian 2 Jadual Kesepuluh Perlembagaan Persekutuan.

     

    Peruntukan Pemberian Penyenggaraan Jalan Negeri disediakan di bawah Vot Tanggungan Kementerian Kewangan dan diagihkan kepada Kerajaan Negeri berdasarkan panjang jalan negeri yang berdaftar dan telah diperakukan oleh JKR selaras dengan Peruntukan Bahagian 2 Jadual Kesepuluh Perlembagaan Persekutuan dan tertakluk kepada Pekeliling Perbendaharaan yang berkuatkuasa dari masa ke semasa.

     

    Kerajaan Negeri melalui Agensi Pelaksana di peringkat Pihak Berkuasa Tempatan dan Pejabat Daerah dari semasa ke semasa sentiasa mengemas kini dan merekodkan jalan-jalan yang melayakkan didaftarkan di dalam Sistem MARRIS Online Kementerian Kewangan Malaysia bagi membolehkan Kerajaan Negeri mendapat peruntukan MARRIS yang lebih tinggi berbanding tahun semasa, tertakluk kepada kemampuan kewangan semasa Kerajaan Persekutuan.

     

    Namun begitu, peruntukan MARRIS yang diterima daripada Kerajaan Persekutuan hanya boleh digunakan untuk skop kerja yang dibenarkan sahaja dan sebarang peluasan skop kerja adalah tertakluk kepada Kementerian Kewangan Malaysia.

Lampiran

Tiada Lampiran.